SAHABAT-SAHABAT... UKHWAH FILLAH..=)

Salam ceria ...salam sayang..buat sahabat-sahabatku..ukhwah fillah...



Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharum. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kejayaan bersama…

Kita ingin segalanya indah
Semurni pantai yang putih bersih
Indahnya bagai tersusun madah
Berseri ukhuwah dipupuk kasih

Kita rindukan kasih sayang
Untuk hiasi taman hati
Dalam melalui perjalanan suci
Ingin menuju arah Tuhan
Perlu tetap tujuan kita
Baru kehidupan aman berpanjangan

Demi perjuangan perlu satu hati
Tetapkan iman di dalam diri
Perintah Allah wajib dipatuhi
Sunnah Rasul perlu dicontohi
Biar keikhlasan kita berbicara
Barulah terhindar sengketa sesame
By: Far east..

Definisi Ukhuwah Dari segi bahasa : berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi.

Dari segi istilah : Menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang,tolong menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah berfirman Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)

Menurut hadis : Seperti tubuh badan ,darah daging, dan roh umat Islam sendiri .

Memetik kata – kata Imam Hasan Al-Banna,
Ukhwah ialah, 'Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah'. 'Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)สน

ALLAH ada merakamkan di dalam surah al Taha ayat 29 – 35 [20: 29 – 35] tentang Nabi Ibrahim yang meminta pada ALLAH agar Dia mengurniakan seorang teman disisinya. Apakah cirri – ciri teman yang Nabi Ibrahim mahukan?
“dan jadikanlah bagiku seorang penyokong (pembantu dari keluargaku iaitu Harun, saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku agar kami banyak bertasbih kepadaMu dan mengingatiMu, sesungguhnya Engkau Maha Melihat keadaan kami” [20: 29 – 35]

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

“dan Dia (ALLAH) yang menyatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka tetapi ALLAH telah menyatukan hati mereka. Sungguh, ALLAH Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (8:63) 
Menurut Imam Ghazali : Ada 4 kategori :

1.      Ukhuwah dijalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa,tingkah laku dan sebagainya
2.      Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu
3.      Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengesihi guru dan para ulamak bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan didunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.
4.      Persaudaraan yang diikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.

Bersangka baiklah pada sahabat kita kerana itu serendah – rendah darjat dalam ukhwah.


1 comment:

  1. Salam alaik.. asif sis. Boleh ana tumpang tanye, merujuk pada perenggan, "ALLAH ada merakamkan di dalam surah al Taha ayat 29 – 35 [20: 29 – 35] tentang Nabi Ibrahim yang meminta pada ALLAH agar Dia mengurniakan seorang teman disisinya. Apakah cirri – ciri teman yang Nabi Ibrahim mahukan?
    “dan jadikanlah bagiku seorang penyokong (pembantu dari keluargaku iaitu Harun, saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku agar kami banyak bertasbih kepadaMu dan mengingatiMu, sesungguhnya Engkau Maha Melihat keadaan kami” [20: 29 – 35]" yang sis tulis, bukan itu Nabi Musa ye sis, instead of Nabi Ibrahim?

    ReplyDelete

::= like =::