KAWAL MARAH..ANDA HEBAT!!!

Marah? Semua orang boleh marah..kadang marah tak tentu pasal (marah tanpa sebab) tapi berapa ramai yang mampu menahan marah. Disebabkan gagal menahan marah kadang kita melakukan sesuatu diluar kawalan kita. Sudah tentu orang disekeliling kita mendapat tempias yang sama. Dan puncanya sudah tentu kita yang gagal mengawal perasan marah.

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah saw pernah bersabda:

“tidaklah seseorang itu dikira kuat dan gagah apabila ia menang gusti, tetapi seseorang dianggap benar-banar kuat dan gagah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah”(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apa yang terbeku di lubuk hati seandainya dimarahi seseorang yang tidak mampu dilawan seperti suami, ayah atau majikan?? Sudah pasti ada sesuatu yang bergelora di jiwa kita. Ketika kita pula yang marah dan anak-anak,isteri, pekerja, sahabat kita dan sebagainya menjadi mangsa. Pernahkah kita berfikir perasaan mereka bagaimana??...

Apabila kita marah, pada masa ini lah syaitan mudah memasuki pintu hati kita. Iman al-Ghazali menyenaraikan marah sebagai pintu pertama. Kita boleh lihat kes-kes yang berlaku pada masa ini seperti perceraiaan, pergaduhan, penderaan, sabodaj dan banyak lagi perkara-perkara yang negetif. Semuanya ini berlaku apabila seseorang berada dalam keadaan marah. 

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
 "Awaslah kamu dari marah-marah, kerana marah itu bererti menyalakan api dalam kalbu anak Adam, tidakkah kamu melihat seseorang yang marah itu merah matanya dan tegang urat-uarat lehernya, kerana itu bila seseorang merasakan yang demikian hendaklah berbaring dan meletakkan badannya ditanah."



Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
 "Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri makan hendaklah duduk, bila ia sedang duduk hendaklah bersandar (berbaring)." 

“Sesungguhnya ada diantara kamu orang yang lekas marah tetapi juga lekas reda, maka ini seimbang dan ada yang lambat marah dan lambat sembuh (reda), ini juga seimbang, dan sebaik-baik kamu lambat marah dan cepat re;a. dan sejahat-jahat kamu yang cepat marah dan lambat sembuhnya."

Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.(Hadis riwayat Abu Daud)
Daripada Abu Dzar, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah berpesan kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud:

Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

  
Atasi marah dan panas baran cara islam.. 

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).
3. Minum air.
4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.


Sama-samalah kita menahan marah daripada melepaskannya kerana sakit menahan marah itu seketika berbanding sakit akibat melepaskannya. Apabila kita menyatakan sesuatu ketika marah ia akan meninggalkan kesan parut dan luka. Ingatlah, walau berapa kali pun kita memohon maaf, dan menyesal atas perbuatan kita, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada fizikal. Marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi kuat dengan melawan dan menahan perasaan marah apabila ia menjelma. KAWAL MARAH…ANDA HEBAT!!!!

 

“SENYUM..TAK PERLU KATA APA”
Wassalam…

2 comments:

::= like =::