"KASIHKU AMANAHKU"

Khas lagu ini ku tujukan buat pasangan suami isteri dan pasangan yang akan mendirikan rumah tangga..hayatilah setiap bait2 kata yg terdpt di dlm lirik lagu ni..moga kita sama2 mengambil iktibar dan pengajaran...moga berbahagia di dunia dan akhirat..


Kasihmu Amanahku

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

kenanganku...KMKN...=)

Bismilahirrahmanirrahim…

Dengan nama Allah ana memulakan bicara pg ini…oh assignment..oh assignment , sambil menghadap laptop kesayangan ana(walaupun ada org kata ana xpandai jg or gne lptop)..hehe....hati dan fikiran melayang2 mencari idea untuk memulakan langkah menaip beberapa patah perkataan menyiapkan assigmnt…
Ana: dah lame lecture bg assignment ni tapi sering tertangguh (kata dlm hati)..termenung ana meghadap laptop…

Tb2 ana teringat kehidupan ana di matrikulasi KMKN (Kolej Mara K.Nerang), rindu rsnya dekat cikgu2 dan teman2 seperjuangan yg kini kebanyakan berada di UNIVERSITI mengambil jurusan yg mereka minati…hai..kalo ana tak kat IPG ni mesti ana da thn akhir ambk jurusan finance..rasa menyesal p nada…hahaha..tp cpt2 ana betulkan niat n fikir positif…ada hikmahnya ana di IPG ni. (ana kn bercita-cita jd guru akaun…xdpt jd guru akaun..jd gru BM pn alhamdulilah..=)


 classmate...=)
UITM Bandaraya Melaka...
**SETIAP APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA**

====Duk melayan perasaan tapi asgmnt xgerak2 gak..tegur  sahabat ana..====

Ana:  hehe…ana teringat zaman matrik dulu..seronok sgt..

  ==Ana mulakan cerita, hamper terlupa asgmnt yg nak dibt…==

Sahabat:  apa yg seronok sgt..cecite..cecite..(ikut dialog hantu mak limah)

Ana:  kalau kat matrik ni kene kuat la…duk pulon study jr….sane sni kau tgk dia org duk stdy jr..kau yg malas pn akan jd rajin. Sebln dua sblm exm dak2 da sbk kuar masuk blk ckg..kat sne kte org xpgl en atau pn..pgl ckg..lbh dkt ktenya..huhu

Sahabat: macam 2 ke..x sme mcm maktab la ek…stdy ok jr macm biasa x tough mcm kt matrik la ek..
Ana: a’ah…wlpn sekejb jr..tp best bg ana…tp sygnya..da lost contac  ngan dak2 matrik…=(

Sahabat: FB xada?

Ana: x..huhu.

Sahabat:…eh..ble kau nk wat asgmnt ni…duk be cite jr..

Ana:..ooo..ooo..nk wat la ni…tp kat sne kenangan terindah tau…(^-^)...


Klik!! Klik!!...kembara ke Terengganu..=)

Bismilahirrahmanhirrahmim…

Alhamdulilah..akhirnya saya selamat kembali dari negeri pantai timur, Terengganu..setelah ke utara- selatan- barat- dan akhirnya saya ke pantai timur. Dari Besut- Kuala Terengganu…Seminggu lebih di sana banyak mengajar saya tentang erti kesyukuran nikmat Allah yang telah menciptakan alam untuk hambanya..

Pantai Bukit Keluang…dari sini kita boleh lihat Pulau Perhentian dan beberapa jenis pulau lagi. Terdapat juga tempat untuk mendaki bukit Keluang. 

Sawah yang terbentang luas di Kg Kubang Bemban…=)..pertama kalinya saya memijakan kaki di bendang…

Melawat ke kilang memproses keropok keping di Besut…

Singgah sebentar di Pantai Penarik, sebelum ke Kuala Terengganu…ombak besar dan angin bersepoi2 bertiup menyentuh tubuh kami  memberikan keterujaan kepada kami..


NR CAFÉ…berkonsepkan kg dengan berdindingkan kayu dan papan , memberikan suasana yg menenangkan dan  sesuai untuk membawa keluarga menjamu selera pada waktu malam…

BAS BANDAR..bas yg unik berada di TERENGGANU…ia juga dikenali sebagai bus kayu…=)

TAMAN TAMADUN ISLAM…antara tarikan yang mesti dikunjungi apabila melancong ke TERENGGANU..


Antara replika masjid yang terdapat di Taman Tamadun Islam….
Pintu masuk ke masjid Kristal…
pantai batu rakit..=)





KEBESARAN TUHAN



 Pernahkah kau berfikir seketika,
Tentang kebesaran Tuhan?.

Dia menciptakan kau dari tanah,
Kemudian kau menjadi manusia dan berkembang baik,
Dia menciptakan kau pasangan dari jenismu sendiri,
Agar kau cenderung dan tenteram bersamanya,
Dia jadikanmu berkasih sayang,
Pernahkah kau berfikir kebesaran Tuhan?

Bukalah matamu,hati dan mindamu,
Padanglah kesekelilingmu,
Penciptaan langit dan bumi,
Kejadiaan siang dan malam..
Siang kau mencari rezeki..malam waktu tidurmu..
Pernahkah kau berfikir kebesaran Tuhan?

Perbezaan warna kulitmu,
Perbezaan pertuturan bahasamu,
Sungguh itu kebesaran Tuhan...

Diam sejenak dan berfikirlah...
Dia menurunkan hujan dari langit,
Menghidupkan bumi yang telah mati..
Sungguh itu kebesaran Tuhan bagi orang-orang yang mengetahui....
Maha suci Allah....



DOAKU...


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah kurniakanla aku lisan yang lembut basah,
Mengingati dan menyebut nama-Mu,
Hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu,
Badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahmu…

Ya Allah, kurniakanlah aku iman yang sempurna,
Hati yang khusyuk, ilmu yang berguna,
Keyakinan yang benar-benar mantap..

Ya Allah kurniakan aku cara hidup yang jitu dan ungul,
Selamat dari mara bahaya dan petaka,
Aku mohaon Ya Allah….
Kecukupan yang tak sampai aku terpaksa meminta orang lain..

Ya Allah, berikan aku iman yang sebenar,
Hingga aku tak gentar atau mengharap orang lain,
Selain dari Engkau..

Ya Allah, kembangkanlah lembahyung rahmat-Mu,:
Kepada aku..keluarga..dan umat Islam seluruhnya..

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim..

CINTA

Cinta itu anugerah,
Cinta itu amanah,
Cinta itu tanggungjawab,
Cinta itu pekerjaan bukan perkataan.

Cinta itu perlukan bukti,
Cinta itu perlukan pengorbanan,
Pengorbanan demi kebahagiaan,
Kebahagiaan bukan hanya di dunia,
Bahkan kebahagiaan di akhirat.

Cinta pada Allah,
Cinta yang hakiki,
Cinta Agung…
Cinta abadi…
Cinta tiada kesudahan..yang kekal hanya cinta pada Allah..
Ya Allah..ya rabbul izzati…

Cerpen: Bisikan Nurani



Sudah berbulan perkara itu berlaku. Tetapi Azie masih belum dapat menerima hakikat tersebut. Bukan dia tidak redha menerimanya tetapi hatinya masih sedih dan sayu apabila mengenangkan tunangnya yang telah membuat keputusan diluar kehendaknya. Hafiz, merupakan seniornya di Uitm Shah Alam. Mereka telah berkenalan beberapa tahun yang lepas dan mengikat tali pertunangan setahun yang lalu. Kini segalanya telah berubah apabila Hafiz telah membuat keputusan untuk menangguhkan perkahwinannya sehingga dia memperoleh perkerjaan tetap. Jika menangguhkan perkahwinan sahaja Azie dapat memahaminya dengan hati yang terbuka, namun sebaliknya yang berlaku. Hafiz juga ingin menangguhkan percintaan mereka yang bersemai sejak 3 tahun lalu. Dia tahu Hafiz mempunyai alasan tertentu kenapa dia berbuat demikian. 

“Azie..sampai bila kau nak macam ni?. Aku tengok kau ni da macam kematian laki je. Kau jangan risaulah…Hafiz bukan nak putuskan pertunangan ni tapi nak mintak tangguh sahaja. Aku tahu perasaan kau tu tapi kau kena faham lelaki bukan macam kita. Dia ada 9 akal tapi 1 nafsu, sedangkan kita ada 1 akal 9 nasfu”..kata Maya teman sebilik Azie. Azie dia membisu memandang ke luar jendela.

“Sudahlah tu, kau fikir baik-baik apa yang dibuat ni pasti ada betulnya. Kau sendiri sudah ditarbiyah..udah ke usrah..ada murabbi..kau boleh fikir yang mana baik, yang mana buruk..aku boleh nasihatkan kau je. Keputusan ada ditangan kau”. Kata Maya lagi.

Azie dengar apa yang Maya katakan tadi tetapi dia hanya membatukan diri sahaja. Bukan dia tidak faham sebab Hafiz membuat keputusan begini tetapi mungkin dia hanya ikutkan perasaannya sahaja. Apa yang Maya katakan tadi terkesan di lubuk hatinya. 

Dia masih ingat, kata-kata murabbinya, “jagalah hati dari dicemari lelaki yang belum pasti haknya melainkan dia suami kita. Bukan mudah untuk menjaga hati tapi kalau kita berusaha dan bertawakal pada Allah pasti segalanya menjadi mudah”. Azie tersenyum mengenangkan kata-kata murabbinya.
“Ya aku mesti menjaga hati dan nafsuku. Hati dan cintaku hanya milik suamiku. Cinta Allah cinta yang hakiki. Itu yang utama”. Bisik hati Azie.
“Daripada kau termenung depan tingkap tu, baik kau siap cepat-cepat ada tazkirah Ustaz Daniel hari ni” cakap Maya lantang. Terkejut Azie mendengarnya. Cepat-cepat dia beristigfar dan mengurut dadanya. Tanpa berlengah Azie mencapai tuala untuk membersihkan diri dan bersiap untuk ke masjid. “Maya kau pergi dulu na, aku nak mandi dulu” pesan Azie sebelum melangkah ke toilet.
 
Azie melangkah ke Masjid dengan azam yang baru. Dia ingin menjaga hati dan mencari cinta Allah yang Esa. Cintaku hanya milik suamiku, walaupun Hafiz sudah menjadi tunangnya tapi dia masih tidak berhak menerimanya lagi. Suami isteri pun boleh bercerai inikan pula baru bertunang. Macam-macam boleh jadi fikir Azie.
Ustaz Daniel. Siapa tak kenal ustaz muda yang baru  pulang dari Universiti Al-Azhar mengambil jurusan Usul Fiqh dan Syariah. Slot Ustaz Daniel setiap hari selasa lebih berfokus kepada munakahat dan remaja. Pada hari selasa pasti ramai yang akan datang ke masjid untuk mengikuti tazkirahnya. Penyampaiannya sangat berkesan dan mudah difahami.  
Tazkirah ringkas semasa menanti waktu Isyak yang disampaikan oleh Ustaz Daniel amat berkesan dihatinya. Tajuk yang disampaikan ringkas tetapi mempunyai maksud yang mendalam mengusik tangkai hatinya. “ Jangan menduakan cinta-Nya dan tanggungjawab suami dan isteri”. Bukan sekali dia mendengar perkara ini, malah sudah berulangkali dari murabbinya, tazkirah-tazkirah lain mahupun dari pembacaan. Namun selepas tunangnya Hafiz meminta menangguhkan cinta yang dibina hampir 3 tahun sudah, hatinya menjadi kacau seketika. Dan kini, hati Azie mangkin terisi dan terubat dengan cinta Illahi yang wajib dicari dan didahului sebelum mendapat cinta lelaki yang bergelar suami. 
“Jangan menduakan cinta-Nya. Naluri ingin mencintai dan dicintaimu itu akan terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta agung. Kuasa dan cinta agung ini lebih membina kegagahan dalam setiap derap langkahmu menuju masa depan. Kegagahan tercipta kerana dirimu berasa dinaungi cinta Yang Maha Gagah. Itulah kehebatan cinta Allah. Bila kita mencintai Allah lebih dari segalanya InsyaAllah cinta yang lain akan datang kepada kita, apatahlagi cinta suami kepada isteri dan cinta isteri kepada suami. Cinta itu anugerah dan amanah, jangan kita mengotori cinta dan amanah yang Allah berikan kerana kita menyerahkan cinta kepada yang belum berhak” kata Ustaz Daniel yang terngiang-ngiang di benak fikiranya. 
Usai solat Isyak, Azie dan Maya beriringan menapak meninggalkan rumah Allah. Azie terkejut dan pantas mencapai tangan Maya. “ Maya cepatlah..aku tak nak bertembung dengan dia”. Maya menoleh kearah tempat muslimin. Maya terpandang Hafiz disuatu sudut yang agak tersorok. “patutlah Azie nak lekas pergi” fikir Maya. 
“kenapa kau takut terserempak dengan Hafiz?” Tanya Maya.
“Aku takut. Aku takut dengan perasaan aku sendiri ni. Kau tahulah aku ni macam mana. Sekali bercinta sekali tu je lah. Aku rindu dia sebenarnya, tapi aku takut bila aku terserempak dengan dia, aku menangis lagi. Tak ada siapa yang tahu apa yang ada dalam hatiku, kau pun tak akan faham. Hanya pada Allah aku mengadu. Tak pelah, kau jangan risau aku masih mampu kawal diri aku lagi.” Kata Azie sambil tersenyum. 
“Kau jangan macam tu. Aku tak nak kau bersedih macam ni. Aku tahu Hafiz sayang sangat kat kau. Dia buat semua ni demi kebaikan kau masa depan nanti. Aku tahu dia seorang yang bertanggungjawab. Dia tak akan abaikan kau. Percayalah. Nasihat Maya. Azie tersenyum memandang Maya.
Malam mangkin merangkak ke dinihari. Azie tidak dapat melelapkan matanya. Dia mengambil wuduk untuk menunaikan solat hajat dan taubat. Dia ingin mencari ketenangan yang beberapa minggu ini dia rasa resah dan gelisah. Azie menangis bersungguh-sungguh di hadapan Allah. Dia merasa berdosa dan bersalah.
“ Ya Allah, jika ini yang terbaik untukku  dan tunangku Hafiz, aku redha Ya Allah. Kau permudahkanlah urusan aku dan dia Ya Allah. Kau satukanlah kami, kau satukan cinta kami berlandaskan syariat-Mu Ya Allah. Kau bimbinglah kami, beri kami hidayah dan petunjuk-Mu Ya Allah. Ya Alah..Ya Rahman..Ya Karim, aku hanya mampu merancang kau yang menentukan segalanya. Maha suci Allah, aku tahu kau masih sayang kepada kami, kau menguji kami. Kau beri kami hidayah dan petunjuk-Mu. Janganlah kau pesongkan hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami. Kami mohon ke ampuan kepada-Mu Ya Allah, ampun dosa-dosa kami, bersihkan titik-titik hitam di hati kami..lindungilah kami di dunia dan akhirat..Amin..amin..yarabbilamamin…
Usai solat sunat, Azie duduk menatap laptop kesayangannya. Dengan lemah longlai, Azie membuka inbox e-melnya. Dengan pantas Azie membuka semula mesej yang diberi oleh tunangnya beberapa minggu yang lalu.
“ cinta adalah maruah manusia, ia terlalu mulia. Jadi janganlah kita gadaikan maruah kita kerana cinta sebelum nikah, cinta ini terang-terangan menghampirkan kita kepada penzinaan. Bagaimana untuk mengharapkan keredhaan Allah, kerana cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas nikah…Hafiz harap Azie faham permintaan Hafiiz, bukan berniat untuk mengetepikan Azie tapi Hafiz mahu kita tangguhkan dulu cinta kita sehingga kita bernikah. Walaupun kita sudah bertunang bukan bermakna kita bebas melakukan apa sahaja. Sebelum ini, niat Hafiz untuk mendekati Azie kerana Hafiz ingin mentarbiyah Azie dan berdakwah kepada Azie itu semua kerana Allah. Hafiz ingin kita bersama-sama perbaiki diri kita dan perbetulkan semua kesalahan yang pernah kita buat. Hafiz tahu bukan mudah untuk Azie terima ini semua tapi Hafiz yakin yang Azie kuat dan mampu lakukan. Azie jangan risau InsyaAllah jika sampai masanya kita akan bernikah. Berdoalah pada Allah segalanya pasti mudah. insyaAllah. Ingatlah pesan Hafiz selalu, “Kalau kita setia dengan Allah, insyaAllah pasangan kita akan setia dengan kita”..Wassalam…..
Azie menangis keseorangan. “ Ya Allah berilah aku kekuatan”..bisik hati Azie.
“maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” (94: 5-6).
Ini adalah ujian Allah. Ujian Allah merupakan tarbiyah dari-Nya. Azie berfikiran positif sekarang, walaupun hakikatnya hati dan jiwanya sengsara. Tapi dia tahu setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Azie sentiasa mendoakan kebaikan untuk diri dan tunangnya. InsyaAllah Allah akan permudahkan jalan kami..amin..
Azie melelapakan mata dengan hati yang tenang dan berlapang dada. Moga hari esok membawa sinar kebahagiaan untuknya.



SELAMAT BERCUTI...TEMAN2KU..

 Bismilahirrahmanhirrahim....

Pejam celik..pejam celik..sudah hampir cuti semester bagi pertengahan tahun 2011 ni.. pada kawan-kawan sekalian selamat bercuti ana ucapankan, moga cuti kita diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Pesanan untuk diri ana dan sahabat lain, moga amalan kita tidak jauh beza sama ada kita dirumah ataupun di hostel dan pohon iman kita makin lebat buahnya dan makin kukuh batangnya. Bukan cuti bermakan semuanya perlu cuti..=)


Ana doakan moga sahabat-sahabat ana selamat sampai kedestinasi yang dituju dan selamat kembali ke Institut..ingat kita masih ada perjuangan yang masih belum diselesaikan..tanggungjawab dan amanah yang belum diselesaiakan..sama-sama kita berjuang dan laksanakan..


Pohon iman:


Akhlak = buah pada pohon iman
Akar tunjang = persoalan iman
Batang = rukun islam
Dahan = persoalan fardu kifayah
Ranting = amalan-amalan sunat

P/s = buat diri sendiri dan sahabat sekalian..mari kita saling ingat mengingati..=)

"3S"..3 super...3 in 1...

Bismillahirrahmanirrahim..

Let’s became super women..super wife and super mom…

super women!!! 

super wife!!!

Super mom!! 

Alhamdulilah, dapat lagi ana mencoretkan kata-kata di dalam blog ana ini. Alhamdulilah..kita juga masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dimuka bumi Allah ini tanpa ada bayaran pu..bersyukur kita masih diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik…subahanalah..sungguh besar nikmat Allah itu…

Allah ada berfirman dalam al-Quran surah ar-Rahman (55:13) :
“maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan”..

Berdasarkan surah ini, Allah menyatakan berulang kali tentang nikmat. Nikmat manakah yang boleh kita dustakan??..segala yang Allah berikan itu adalah nikmat yang wajib kita bersyukur. Segala musibah yang menimpa itu juga nikmat kerana melalui musibah yang menimpa kita itu akan membawa kita kembali kepada pencipa. Ingatlah segala ujian itu adalah tarbiah dari Allah…
Nikmat yang diberikan oleh Allah sangat bernilai harganya..apatah lagi nikmat iman dan Islam. Salah satu nikmat yang Allah berikan ialah menjadi seorang wanita, malah bersyukurnya kita menjadi muslimah soleha yang bermuhajadah di jalan Allah.

Seorang wanita umpama matahari yang bersinar dalam keluarganya. Dia adalah pusat orbit lintasan perjalanan hidup suami dan anak-anaknya. Dia yang berada dibarisan hadapan dalam memberikan cinta, bakti dan pengorbanan untk org yang dikasihinya.

Begitu pentingnya peranan seorang wanita, isteri, ibu dalam kehidupan sesebuah keluarga muslim, sehinggalah Allah menjanjikan syurga kepada wanita soleha. Bahkan bidadari syurga pun mencemburi wanita soleha.

Sesungguhnya, wanita soleha itu lebih tinggi darjatnya daripada bidadari syurga. Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
P/S= mari rebut peluang menjadi wanita soleha...dan 3 super...

"KITA DIBAWAH LANGIT YANG SAMA"....renung2kan...=)


Kita Berbeza Di Bawah Langit Yang Sama
www.iluvislam.com
Oleh : Nur Fazlin

Sumber : Buku Tawajuh Cinta oleh Juwairiah Md. Jamil
Editor : raidah


Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang manis. Aku mencapai satu paket gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh.
 
"Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?". Pandangannya menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya.
 
Aku masih diam. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan.
 
"Hilwah... kau marah?"
 
Aku menggetis donat di dalam piring, lalu menyuapkannya ke mulut. "Buat apa aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan."
 
"Aku bukan mengajak bertekak, Hilwah. Tapi berkongsi pandangan," balasnya. Dia mengorak senyum. "Err, tapi maksud kau, betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional?
 
Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Menarik nafas. "Ya... dan tidak." Aku menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. Rasa terhina!
 
"Maksudmu?"
 
Aku memerhatikan gelagat beberapa orang AJK seminar yang gesit berpergian ke sana ke mari. Sibuk mengurus bahan-bahan untuk pembentangan kertas kerja sesi petang. "Ya, dari sudut material, mungkin. Atau stratifikasi kelas profesional. Jika dari sudut itu, aku akui. Tetapi tidak jika kau katakan profesion guru itu serendah-rendah kerjaya dari aspek khidmat bakti, budi, hatta martabatnya di sisi Tuhan."
 
Dia terlongo. Kemudian perlahan-lahan menguntum senyum. "Kau sebenarnya marah padaku, bukan?"
 
Aku sekadar diam. Dan menjeling geram.
 
"Hati-hati, nanti matamu juling!" usiknya.
 
Segaris senyuman pun tidak terlukis di bibirku. Pedulikan!
 
"Maafkan aku tentang hari itu."Matanya tunak merenung anak mataku. Tajamnya menembus ke jantung!
 
Aku melarikan pandangan, dan sedikit terpinga. "Maaf? Tentang apa?" Baki donat di tangan, aku suapkan ke mulut. Gula yang melekat pada jari kukesat dengan sehelai tisu yang sudah keronyok.
 
"Maafkan aku kerana aku telah berkahwin." Roman mukanya menggambarkan kekesalan.
 
Aku terperanjat. Eh, kenapa soal ini pula yang ditimbulkan? "Kenapa minta maaf? Salahkah jika berkahwin?" Aku pura-pura berlagak selamba. Mengenang peristiwa bulan sudah ketika aku keluar ke pusat membeli-belah. Niat di hati mahu mencari hadiah hari jadi untuk teman baikku, Suraya. Jadi, aku keluar seorang diri. Dan Tuhan telah memperlihatkan kepadaku pada hari itu, dia sedang mendukung seorang bayi sambil tangan kirinya memegang tangan seorang wanita kecil molek. Mata kami bertembung. Dan dia kaget. Gelabah.
 
"Aku tahu hatimu, Hilwah. Takkan kau telah lupakan segala kenangan kita di bangku sekolah?" Tampangku tertampan di kornea matanya, tidak mahu lepas-lepas. Aku kalah pada renungan itu, lalu mengalih pandang kepada cawan putih di hadapanku, berenang di dalam cairan kopi yang hitam pekat.
 
Semilir kenangan kembali berhembus di ranting ingatan. Dahulunya, dia seniorku ketika di bangku sekolah menengah. Aku masih ingat, setiap kali tiba waktu rehat, pasti dia dan beberapa teman baiknya akan datang ke kelasku. Mengintai-intai gerakku. Sepi tanpa suara, dan langsung tiada usikan. Juga tiada surat cinta. Hanya pandangan mata berbicara. Tetapi itu tidak lama kerana dia berpeluang menyambung pengajian di universiti, sedangkan aku masih di tingkatan dua. Segala yang pernah berlaku terus lesap dikaburi cita-cita masa depan.
 
"Masakan aku lupa, Is. Tapi kita tak punya apa-apa hubungan aku kira. Sekadar rasa di hati. Setiap manusia pasti punya naluri demikian. Itu fitrah." Kopi sudah suam. Aku meneguk sekali. Rasa pahit di tekak tiba-tiba.
 
"Tapi aku tahu, kau masih miliki rasa terhadapku hingga saat ini. Jangan kau nafikan, Hilwah." Kening lebatnya bertaut. Renungannya tajam.
 
"Is, aku minta diri dulu. Majlis dah nak mula." Aku gesit berdiri sambil mencapai beg tangan berona coklat di atas meja beralas cadar merah jambu. Sekonyong-konyong, beg tangan itu terasa seperti tersangkut pada sesuatu. Berat. Aku memandang sekilas. Dia menarik beg tanganku!
 
"Kenapa ni, Is?"
 
"Aku tetap tahu hatimu biarpun kau diam atau tidak mengakui. Aku tahu, Hilwah..." Beg tanganku dilepaskan. Dan aku berlalu dengan mengusung hati yang libang-libu.
 
Aku sengaja sign in ke Yahoo Messenger dengan status available. Tumpuanku tidak pula ke situ. Tanganku cekatan menaip sebuah artikel untuk dipos ke blog yang aku kira sudah semakin semak dan bersawang akibat tidak dikemaskini beberapa lama.
 
Buzz! Aku terperanjat. Melihat tetingkap Camar Senja terpapar di skrin komputer riba.
 
"Hilwah, aku tetap bertegas mengatakan karier pensyarah adalah lebih baik berbanding guru!"
 
Batinku serasa berasap mendengar kenyataan itu. "Kau ni kenapa, Is? Tanpa salam, terus saja redah cakap merapu-rapu!" Aku sedikit radang.
 
"Kenapa, kau tiada hujah untuk membidas kenyataanku itu? Kerana ia benar, bukan?"
 
" Tidak! Tak kuasa aku nak melayan kerenah kau yang entah apa-apa. Perasan sangat!" Aku membalas geram.
 
"Perasan atau kau sebenarnya telah mengaku kalah?" Dia mengirim senyuman ketawa berdekah-dekah. Aku kian hangat. Kugenggam jari-jemari dan berderap-derup bunyinya. Segera ku taip, "Kau tahu, aku pernah membaca ungkapan ini 'kemenangan yang sebenar adalah dengan mengaku kalah'. Ertinya, aku menang lantaran tidak mahu berbalah dengan kau!"
 
"Tidak. Kau tidak menang selagi tidak dapat mematahkan hujahku... Bagi aku, kerjaya guru layak dipohon oleh sesiapa saja, hatta tukang kebun!"
 
Ini sudah melampau! Tuduhan melulu tidak berasas. Pasti sengaja mahu menaikkan darahku. "Eh, kau ni betul-betulkah pensyarah? Jangan cakap melulu saja. Kau tak tahukah, untuk menjadi guru perlukan pengetahuan pedagogi. Serba-serbi tentang dunia pendidikan kena tahu. Dan aku rasa, kau juga tidak punya pengetahuan pedagogi! Menurutku, untuk menjadi pensyarah tidak semestinya perlukan pengetahuan itu." Aku berhenti sejenak. Berfikir dalam-dalam sebelum meneruskan. "Tukang kebun dengan dunia tukang kebunlah. Jika tukang kebun kurang arif tentang dunia guru, kita pun serupa. Kurang dari segi ilmu perkebunan. Bukankah kita ini saling lengkap-melengkapi. Ha, jangan kau nak hina tukang kebun pula! Ingat, datukmu dahulu tukang kebun juga!" Aku sengaja melemparkan paku buah keras.
 
"Ahh!! Kau jangan nak kaitkan dengan datuk aku pula."
 
Aku sengaja tidak membalas. Malas sungguh mahu melayan sikapnya yang keanak-anakan itu, sedangkan hakikatnya sudah pun menjadi bapa orang.
 
Buzz! "Kalau kau perhatikan, guru sering tidak ke mana-mana. Di takuk itu jugalah, tak berubah-ubah sampai pencen! Cuba kau lihat pensyarah. Lepas dapat M.A. sambung Ph.D pula. Kemudian sambung lagi, dan lagi. Aku kira, hanya golongan pensyarah yang mentradisikan pembelajaran sepanjang hayat."
 
Aku naik jelek. Rasa meluat meluap-luap dalam dada. "Aku tak faham kenapa kau terlalu ghairah untuk mengangkat kedudukan kerjaya sendiri." Anak rambut jatuh berjuntaian di dahi. Gesit aku menyelit di belakang telinga. "Hmm, bagi aku, pembelajaran sepanjang hayat bukanlah mesti melalui proses formal semata. Bukan sekadar belajar daripada buku-buku, teori atau kajian ilmiah, bahkan dari kehidupan dan pengalaman itu sendiri. Cuba kau lihat golongan lama di kampung-kampung. Mendengar kuliah ilmu di masjid-masjid, menadah kitab di pondok-pondok, belajar sesuatu melalui pemerhatian dan renungan terhadap alam, itukan juga suatu pembelajaran, meski tidak formal. Tidak perlu berpangkat pensyarah atau berlenggang bawa 'telinga' masuk ke dewan kuliah baru boleh dikatakan sebagai belajar. Kehidupan ini madrasah, Is. Sekolah. Kita sentiasa belajar daripada sekolah hidup..." Aku menyudahkan rangkaian ayat-ayat tersebut dengan senyuman puas.
 
Camar Senja is typing a message. "Ya, baiklah. Aku setuju. Tapi apa pendapat kau tentang karier guru? Guru dengan pensyarah; mana lebih baik?"
 
"Is, aku takkan menghukum mana yang lebih baik. Masing-masing ada kurang lebih tersendiri. Misalnya, jika kau katakan pensyarah itu lebih baik, alasannya mungkin kerana tangga gajinya yang lebih tinggi, ruang kerja yang lebih kondusif dan eksklusif. Gelar 'pensyarah' itu sendiri sudah kedengaran gah berbanding guru."
 
"Akhirnya kau mengaku juga..."
 
"Aku belum habis, Is. Sudah aku katakan, aku tidak berpihak kepada mana-mana. Selama ini pun, aku langsung tidak pernah terfikir untuk membandingkan di antara dua kerjaya itu, atau kerjaya-kerjaya lain juga. Apa yang penting, setiap pekerjaan itu niatkan ikhlas kerana Allah. Di situlah nilainya."
 
"Aku tetap mahu penjelasan kau tentang karier guru."
 
Aku mendengus marah. Genggaman penumbuk aku acukan ke skrin komputer. Geram. "Kau ni degil ya? Bapa yang sungguh degil! Kelak, anak-anakmu akan mewarisi kedegilan itu."
 
"Teruskan saja... Aku ini bapa muda, tahu?"
 
Aku mencebik. Perasan! Jari-jemariku kembali menekan-nekan papan kekunci. Menaip pantas. "Baiklah. Secara peribadi, karier guru bagiku lebih mulia berbanding pensyarah. Bukan mudah untuk menjadi guru, Is. Tapi jika mahu jadi pensyarah, serasaku lebih senang. Gelarnya juga pensyarah. Masuk ke dewan kuliah, bersyarahlah semata tanpa terlalu menitikberatkan sama ada pelajar faham apa tidak. Guru sebaliknya. Dia harus 'menyuap' pelajar ketika pelajar itu masih kosong. Tidak punya sebarang asas pembelajaran. Jadi, mana lebih susah?"
 
"Pelajar universiti kan sudah dewasa. Bisa hidup mandiri. Tidak perlu 'disuap' lagi..." Dia tiba-tiba mencelah.
 
"Tunggulah aku habiskan ayat, Is. Kata mahu dengar hujahku."
 
Dia mengirimi senyuman malu tersipi-sipu. "Okey, okey..."
 
"Kau harus tahu. Guru turut berperanan sebagai ibu dan ayah kedua selain mengajar. Misalan yang dapat aku bawa, ada sebahagian guru di pedalaman yang terpaksa memandikan pelajar dan bedakkan mereka sebelum pengajaran bemula. Ini kerana pelajar-pelajar tersebut tidak pernah mandi pagi. Lantaran itu, memandikan mereka merupakan salah satu pendekatan untuk memberitahu mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan diri." Jeda memanipulasi. Fikiranku ligat berputar, bagai roda di atas jalan. Aku meneruskan. "Malah, guru lebih dekat dengan pelajar jika dibandingkan dengan pensyarah. Pelajar tidak segan silu untuk bertemu guru tentang apa juga permasalahan, hatta maslah peribadi. Hal sebalknya berlaku kepada pensyarah. Pensyarah dengan pelajarnya seolah-olah ada jurang yang lebar membataskan hubungan kedua-duanya untuk lebih hampir. Mungkin kerana taraf atau status pensyarah itu yang dipandang eksklusif, kononnya..."
 
Tiada balasan. Sepi. Aku melihat statusnya: Offline. Aku mengeluh. 'Merajukkah orang tua ni?' Aku yang sejak awal malas mahu melayan fiilnya terus hanyut dalam timbunan buku-buku dan abjad-abjad di skrin komputer.
 
Kafe Fakulti Pendidikan lengang, tidak ramai pelanggan. Aku terus menghirup bihun sup yang masih panas berasap. Lapar mencucuk-cucuk sehingga aku tidak lagi pedulikan tampang di hadapanku.
 
Dia tersenyum. "Bagus juga hujah kau semalam, Hilwah. Maaf, aku terpaksa sign out sebab ada hal mengejut. "Dia sekadar menghirup teh O ais limau menerusi straw berjalur putih jingga di atas meja tanpa alas.
 
"Kenapa? Anak meragam? Atau isteri merajuk melihat suami berchatting dengan perempuan lain?" Aku sengaja mencucuk. Mahu melihat riak muka.
 

SAYANGI DIRIMU...

Ya Allah masih jauh perjalanan ku,
Sejak aku dilahirkan
hingga kini..                                                                
Aku masih mengapai mencari sinar kehidupan,
Berilah aku petunjuk dan hidayahmu..
Berilah aku ketenagan dalam keredhaan-Mu..                       
Maafkan aku ya ALLAH..


 
Sayangilah dirimu…
Jangan kau terlalu dengan keegoanmu,
Jangan kau ikutkan nafsumu,
Jangan kau ikutkan emosimu,
Jangan kau sia-siakan hidupmu,
Bahagialah kau disisi-Nya,
Dengan cinta hakiki..cinta Illahi,
Sayangilah dirimu….

::= like =::