ISTIMEWANYA DIRIMU

Alangkah bertuahnya diri ini dilahirkan sebagai seorang wanita, dan sebaik-baik wanita ialah wanita soleha. Mari bersama-sama kita bersyukur kerana dilahirkan sebagai wanita yang darjatnya amat tinggi di angkat oleh nabi Muhammad SAW kita. Wanita yang setabah Sumaiyyah memang sukar untuk dicari, apatah lagi sebaik Balqis dan Zulaikha. Tidak kira siapa kita sebagai wanita, sekurang-kurangnya bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai wanita yang amat mudah untuk menghuni syurga yang abadi. Rasulullah SAW juga mengasihi wanita. Dalam Islam martabat seorang wanita soleha sangat tinggi darjatnya. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Rasulullah SAW juga bersabda,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Sesungguhnya, wanita soleha itu lebih tinggi darjatnya daripada bidadari syurga. Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)



Ciri-Ciri Wanita Solehah iaitu :
1 . Taat Kepada Perintah Allah swt dan RasulNya  :
  • Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
  • Wajib menutup aurat .
  • Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa.
  • Berbuat baik kepada ibu & bapa .
  • Bersikap baik terhadap tetangga .
2. Taat kepada suami :
  • Memelihara kewajipan terhadap suami .
  • Sentiasa menyenangkan suami .
  • Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah .
  • Tidak bermasam muka di hadapan suami .
  • Tidak menolak ajakan suami untuk tidur .
  • Tidak keluar tanpa izin suami .
  • Tidak meninggikan suara melebihi suara suami .
  • Tidak membantah suaminya dalam kebenaran .
  • Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga .

Istimewanya dirimu sebagai seorang wanita, apatahlagi sebagai wanita yang soleha. Mari kita sama-sama selami 19 keistimewaan wanita menurut hadis, semoga dengannya kita akan lebih menghargai diri kita sebagai wanita.

1)      Do'a  wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.  Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2)      Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3)      Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka  keatas tubuhnya.
4)      Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5)      Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.
6)      Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh  rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya  adalah surga.
7)      Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."
8)      Surga  itu di bawah telapak kaki ibu.
9)      Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu  maka jawablah  panggilan ibumu dahulu.
10)  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11)  Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada  suaminya dan rekannya ( serta  menjaga sembahyang dan puasanya ).
12)  Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"
13)  Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu  surga mana saja yang dia kehendaki
14)  Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT  memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )
15)  Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan  menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
16)  Apabila seorang perempuan  mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan  baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
17)  Apabila seorang perempuan  melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan
18)  Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan
19)  Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT 


“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)


WANITA SOLEHA
Wanita soleha
Kecantikan dan keayuanmu menjadi gilaan sesiapa,
Kau dicemburui oleh wanita biasa,
Bahkan bidadari syurga pun mencemburuimu..

Kau sentiasa menjaga hijabmu,
Menjaga pertutur katamu,
Melindungi mahkota perhiasanmu,
Menutupi dadamu yang mekar dan berombak,
Dengan mini telekong yang bersih dan suci.
Jika kecantikanmu membuat fitnah,
Kau menutupi wajahmu dengan purdah.

Wanita soleha,
Kau sentiasa dijaga dan dilindungi Allah,
Imanmu tidak seteguh Summayah,
Jiwamu  tidak setabah Siti Hajar,
Namun kau sentiasa bermuhajadah dan beristiqamah,
Bagimu muhajadah itu pahit kerna syurga itu manis.

Ketahuilah wahai wanita soleha,
Kau bak bidadari yang menghiasi dunia.

No comments:

Post a Comment

::= like =::