MENJADI SUAMI DAN ISTERI..SUDAH BERSEDIAKAH??

Sebelum  kita berniat menuju ke alam rumah tangga kita perlulah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Tidak perlu tergesa-gesa, seeloknya bermunajatlah pada Allah apakah pilihan kita apakah pilihan kita pilihan Allah dan di setujui oleh orang tua kita?kerena bukan hanya hidup satu hari tapi untuk menjadi pendamping hidup kita untuk bersama-bersama berjuang memuliakan agama Allah. Dan kita harus mengatahui calon pendamping kita baikkah perangainya, ibadahnya dan akhlaqnya serta kawasan tempat tinggalnya, keturunan keluarganya  ,hendak lah kita saling menjaga agar kita selamat dan bahagia di dunia dan akhirat.

Dalam al-Quran ada mengatakan:
Dan orang2 yang berkata"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hsti(kami),dan jadikanlah kami pemimpin bg org2 yang bertakwa". mereka itu akan diberi balasan dgn tempat yg tinggi(dalam syurga) atas kesabaran mereka,dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan salam" (25;74-75)


Doa yang boleh diamalkan jika sudah ada pilihan hati:
" YA Allah seandainya dia diciptakan mnjdi milikku,baik utkku duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dlm ikatan pernikahan.. tetapi Ya Allah....seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku duniaku dan akhiratku, maka pisahkan kami dn hubungkanlh kami sbg persaudaraan islam."

Memilih calon suami

Perempuan juga digalakkan memilih bakal suami yang baik dan mulia.Yang mana Nabi SAW menggalakkan wanita supaya memilih lelaki ynag mempunyai ciri-ciri berikut:
  1. Beragama
  2. Berakhlak mulia
  3. Beradab
  4. Mempunyai harta dan keturunan mulia.
Walaupun wanita itu hanya diharuskan melihat kepada bakal suaminya selain antara pusat dan lutut sahaja.Namun dalam keadaan lain,Islam mengharuskan juga mereka menyelidiki latar belakang keluarga dan diri bakal suami secara lebih terperinci melalui wakil dan orang tengah yang adil dan amanah.  

Memilih calon isteri
Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat,seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan syara’ dan saranan Nabi khasnya.Dimana bakal suami digalakkan supaya mengutamakan perempuan yang solehah(beragama) serta dapat melahirkan zuriat disamping memiliki ciri-ciri keistimewaan yang lain.

Sebagaimana hadis yang  diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam maksud hadis di atas, Nabi menggalakkan umatnya supaya mengutamakan pemilihan bakal isteri atas dasar agama,kerana dengan agama seseorang itu akan selamat dan bahagia dalam erti kata yang sebenarnya.
Untuk tujuan tersebut,Islam menekankan pemilihan calon isteri yang beragama.Dimana seseorang lelaki yang memilih bakal iateri yang solehah dan baik akan mendapat jaminan kebahagiaan sebenar rumahtangganya.

Sebagaimana sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Muslim dan Nasa’i yang bermaksud:
“Sesungguhnya dunia ini adalah suatu tempat keseronokan dan sebaik-baik keseronokan itu ialah wanita yang solehah”-(riwayat Muslim dan Nasa’i)

  Oleh itu, itulah pemilihan bakal isteri mestilah mengikut landasan syara’.Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam);dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik,sekalipun keadaannya menarik hati kamu.Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam).Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman adalah lebih baik daripada seorang lelaki kafir musyrik,sekalipun keadaannya menarik hati kamu.(Yang demikian ialah kerana)orang-orang kafir itu mengajak ke neraka,sedang Allah SWT mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya.Dan Allah SWT menjelaskan ayat-ayat-Nya(keterangan-keterangan hukumnya) kepada umat manusia,supaya mereka dapat mengambil pelajaran(daripadanya)”-(Surah Al-Baqarah 2:21).

Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya dan bakal suami masing-masing.Walaupun begitu,ia mestilah melalui syarat tertentu yang diharuskan oleh syara’.Contohnya lelaki hanya diharuskan melihat bahagian tapak tangan dan muka perempuan dan perempuan pula diharuskan melihat bakal suaminya pada bahagian selain antara pusat dengan lutut sahaja.

Tujuan Pemilihan Calon Isteri atau Suami
Dalam Islam,hukum melihat bakal suami atau isteri adalah sunat bagi sesiapa yang berhasrat danb memilihnya dengan tujuan untuk berkahwin.Antara tujuannya ialah:
  1. Supaya rumahtangga yang bakal dibina akan terbentuk secara harmoni dan saling berpuas hati.
  2. Lahir perasaan saling kasih mengasihi dan reda meredai antara satu sama lain.
  3. Supaya dapat mencari pasangan yang mulia serta dapat melahirkan zuriat dari keluarga yang berketurunan mulia.

Doa Pengantin ini ditujukan khas buat teman yang telah melafaz ijab dan qabul serta yang bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi, doaku pada kalian, moga berbahagia dalam kerahmatanNya,jagalah amanahNya itu dengan sebaik mungkin.

“Ya Allah Andai Kau berkenan, limpahkanlah kepada kami cinta, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah saw dan Khadijah ra, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Imam Ali kw dan Fatimah ra, yang Kau jadikan penghias keluarga nabiMu yang suci. Ya Allah, Kami memohon redhaMu. Satukanlah kami sebagai suami isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingatkan di kala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan, saling menyempurnakan dalam peribadatan. Ya Allah Satukalah kami dalam inayah dan barakahMu.moga menjadi Nur ibadah kami yang mendambakan rahmatMu”

RAHSIA MENGAMAL BACAAN SURAH
surah AN NISAA' ayat ke 75 =  insyaALLAH akan dijauhkan & terselamat dari kejahatan para penjahat..
surah YUNUS ayat ke 31 =  ke atas perempuan yang hamil.. insyaALLAH dengan izinNYA dapat melahirkan anak dalam kandungan itu dengan selamat
surah YUNUS ayat ke 64  = akan terhindar dari mimpi yang buruk & m'gigau.
surah YUSUF = insyaALLAH akan dimurahkan rezeki diberikan kemuliaan kdnya.. ayat ke 64, amalkan setiap hari..insyaALLAH akan terhindar dari kepahitan & kesukaran hidup. ayat ke 68, ALLAH menjanjikan kesolehan kps anak-anaknya.
surah MARYAM  = akan mendapat kejayaan dunia & akhirat.
surah SHAAD ayat ke 42 = amalkan setiap hari, insyaALLAH akan mendapat kebahagiaan yang sejati..






No comments:

Post a Comment

::= like =::