~~Bukan mudah tapi tak susah~~


Bismilahirrahmanirrahim..

Dengan memuji-muji Allah, melihat kebesaran dan keagunganNya..ditambah dengan nikmat yg diberikan tidak terhingga..membuatkan diri ini sentiasa berfikir akan baiknya Allah..mulianya Allah..tidak pernah sesekali meninggalkan hambanya, bahkan kitalah yg sering melupakanNya..

Ana sgt tertarik untuk berkongsi dengan sahabat2 ana tentang dakwa farddiyah. Dakwah farddiyah merupakan dakwah secara individu, yang mementingkan pertautan hati sesama mukmin. Menyeru manusia kepada Allah s.w.t  adalah kewajipan setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya dizaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah s.w.t yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam. Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah.

Firman Allah yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33).

Mengajak orang lain kembali ke jalan Allah bukan lah satu perkara yang mudah. hati seorang pendakwah atau da'e mestilah bersih dan ikhlas kerana Allah.Sanggup berkorban harta, masa mahupun nyawa semata-mata ingin menyampaikan syariat Islam.  Setiap orang melakukan kesilapan, namun Allah maha pengampun dan penyayang pintu taubat sentiasa terbuka sehingga nyawa dihujung halkum, pada masa itu tiada gunanya lagi. Kita dilahirkan dimuka bumi ini sebagai seorang khalifah yang menyampaikan amanah dan tanggungjawab terhadap agama. Dakwah tidak semestinya dengan paksaan, namun dengan menunjukkan akhlah yg baik itu juga merupak satu dakwah.

Janganlah diharapkan kesedaran, tindakan, amal atau hasil yang baik untuk Islam daripada mereka ini, melainkan setelah iman dibangkitkan dari dalam jiwa mereka terlebih dahulu. Dengan itu iman akan mendorong mereka kepada mengenal Allah dan memahami Islam, beramal dan berjuang untuk Islam serta mempertingkatkan diri kepada martabat para ‘amilin yang salih.

Kebanyakan muslim pada hari ini sibuk dengan urusan dunia dan lalai daripada beribadat kepada Allah s.w.t dan mentaati perintah-Nya. Mereka seperti sekumpulan manusia yang sedang nyenyak tidur. Yang merasa selesa dengan apa yang berlaku pada hari ini. Ketika ini, wajib lah kita menyedarkan mereka daripada terus lena dibuai mimpi yang akhirnya memakan diri sendiri. Untuk menyedarkan mereka bukan hanya tugas pendakwa atau da'e sahaja, tapi kita sebagai umat Islam wajib menyeru kebaikan dan meninggalkan keburukan.

al-Iman asy-Syahid Hassan al-Banna berkata:
“Jadilah kamu ketika menyeru manusia seperti pokok buah-buahan; mereka membalingnya dengan batu dan dia menggugurkan buah kepada mereka".

Oleh itu, ana berpesan kpd sahabat2 ana malah diri ana sendiri, marilah kita sama2 menyampaikan kebaikan kpd orang lain kerana ganjarannya sangat besar diakhirat kelak, jika ianya dilakukan kerna ikhlas kerana Allah..disamping itu, kita perlu sentisa memperbaiki diri sendiri, sebelum mampu mengubah org lain...untuk mengajak kearah kebaikan tak semestinya tunggu menjadi ustaz, ustazah atau pun pendakwa tetapi sesiapa sahaja berhak untuk menyampaikan sesuatu dan mengajak ke arah kebaikan selagi berpegang kepada al-Quran dan sunah.

Allah ada berfirman dan surah As-Saff : 10-11
"wahai orang yg beriman , mahukah Aku tunjukkan suatu perdagangn yg dapat menyelamatkan kamu dari azab yg pedih?
"iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihat di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yg lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya"..

dakwah-fardiyah

~~~`AKU ADALAH HAMBA`~~~


Aku adalah hamba yang lahir atas rahmatNya,
sebagai khalifah dimuka bumi ini...

aku adalah hamba,
yang sering melakukan kekilafan, kekufuran
yang tak sempurna..
aku adalah hamba,
yang diciptakan untuk taat padaNya..
dunia dan alam diciptakan untuk aku sebagai hamba.

namun, kadang-kadang aku hamba yang mencintakan dunia lebih dariNya..
hamba yang sering lalai dan leka dengan keindahan dan keasikan dunia.

aku adalah hamba,
yang ada sifat riak, takbur, sombong dengan kesempurnaan diri,
seperti syaitan yang sombong untuk sujud didepan Adam..
aku bukan syaitan,
aku bukan malaikat,
aku adalah hamba,
yang sering melakukan dosa...

sujud dan tunduk kerna Allah,
bertaubat setulusnya..
mensucikan diri dengan wuduk,
mencari ketenangan dengan solat,
membasahkan lidah dengan al-Quran dan zikir..

aku adalah hamba yang mengejar dunia dan akhirat,
untuk mendapat tempat disyurgaNya,
mengalir air sungai dibawahnya..

bertaubatlah aku atas rasa berdosa,
mejernihkan hati dengan muhasabah diri,
mencari cinta dan keredaanNya....
bersyukur atas nikmatNya..
aku adalah hamba,
bertaubat dan memohon ampun padaNya..
kerna Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang....

::= like =::