~~MATI ITU PASTI...HIDUP INSYAALLAH~~

Bismilahirahmanirrahim...Alhamdulilah bersyukurkita ke atasnya kerana masih diberi peluang hidup di muka bumi ALLAH ini.."Mati itu pasti..Hidup InsyaALLAH" 
ya..mati itu pasti, dimana ada permulaan pasti ada akhirnya..tapi sudah bersedia ke kita menuju ke alam yang kekal abadi tu??..mampu ke kita berdepan dengan dosa-dosa yang kita lakukan??..sudah banyak ke amalan yang kita lakukan??..

bila kita mati?..andai kita tahu mungkin kita mudah untuk membuat persediaan ke arahnya, namun..jawapannya hanya pada Allah..bila2 masa sahaja kita akan dijumput bertemunya..siapa tahu?..itu semua kerja Tuhan, Itu rahsia Tuhan yang mengetahui perkara yang nyata serta ghaib . Kita sebagai hambaNya yang terbatas ini, urusan kita hanyalah berusaha mempersiapkan diri dengan amalan dan berdoa. Berdoa agar mati dalam iman dan Islam . Mati dalam 'husnul khotimah' atau pengakhiran yang baik . 
 
"Husnul khotimah yakni suatu kematian dalam keadaan dia BERIMAN kepada Allah,
dengan kehidupannya yang dedikasi mengikuti
segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

"Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada hujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku iaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)".(H.R. Ibnus Sunny).

"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan HUSNUL-KHATIMAH (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan SU`UL-KHATIMAH (akhir yang buruk)"

persoalannya kini..sudah ke kita bersedia??

"Dan sudah tentu mereka tidak akan
mencita-citakan mati itu selama-lamanya,
dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan
dan Allah sentiasa mengetahui akan
orang-orang yang zalim itu."

Al-Baqarah: 95


"Tidakkah mereka melihat dan memikirkan
bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya,
kemudian Dia akan mengembalikannya
(hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu
amatlah mudah bagi Allah."

Al-Ankabut: 19

takut ke kita dengan mati??
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,

"Suatu hari nanti, kamu semua akan dikerumuni musuh,
seperti semut mengerumuni makanan .
Sahabat2 bertanya,
"Apakah kami sedikit ketika itu ya Rasulullah ?"
Rasulullah s.a.w menjawab,
"Tidak, ketika itu bilangan kamu ramai, tetapi kamu seperi buih di lautan,
Allah membuang rasa takut di hati musuh kamu
dan mencampakkan kegerunan di dalam hati kamu .
Hati kamu ketika itu dihinggapi penyakit wahn."
Sahabat2 bertanya lagi,
"Apakah wahn itu ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab,
"Cinta dunia, takut mati."

jangan lah kita letakkan dunia ini dihati..namun letakannya ditangan takut kita tidak mampu melepaskan dunia ini. dunia ini umpama penjara bagi orang mukmin...sama2 lah kita memperbaiki diri ke jalanNya, kerana dunia ini hanya tempat persinggahan kita..dan yang kekal hanya di akhirat sana..walaupun sejauh mana kita lari..kematian pasti akan menjemput kita..moga dijauhkan  oleh Allah dari penyakit "wahn" dalam hati kita. Amin .


Wallahu'alam...wassalam . :)

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

“CEMBURU KEBAHAGIAN ORANG LAIN”


Apakah tandanya jika cemburu melihat kebahagian orang lain?
Adakah itu membayangkan bahawa jiwa kita sakit kerana membiarkan perasaan itu berlegar di dalam diri?...
Ya..benar. jiwa kita sedang sakit jika kita cemburu akan kebahagian orang lain dan ini disebutkan hasad..cemburu yang melampai batas!!

Perasaan ini jika tidak dibendung boleh membawa kepada kerosakan sebagaimana api yang membakar kayu yang kering  kenapa membiarkan hati dibelengu sebegitu rupa. Sedangkan  kita sendiri boleh mencari kebahagiaan itu.
Jadikan kebahagian orang lain yang berpasangan, yang berjaya kemercu gading, yang berjaya memegang jawatan tinggi…sebagai inspirasi agar kita juga mampu menikmati kebahagian dan kenikmatan yang  sama. Jangan biarkan hati kita dicemari dan dibelenggu oleh perasaan cemburu yang tidak sepatutnya menjalar dalam diam.

Firman Allah bermaksud:
“dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik  (syurga) – surah Ali-Imran:14-

Sabar..ketitiknya..


Kau umpama mawar berduri
Yang kadang-kadang dihinggap sang kumbang,
Kau mawar ungu yang mekar mewangi..
Kau setia menati kumabang putih,
yang mampu menjagamu dari gangguan kumbang hitam..
kau sabar menanti..
walaupun kelopakmu mangkin melayu..
kau terus bersabar mencari sinar kehidupan,
disebalik mentari pagi yang memberimu nafas..

::= like =::