Cerpen: Bisikan Nurani



Sudah berbulan perkara itu berlaku. Tetapi Azie masih belum dapat menerima hakikat tersebut. Bukan dia tidak redha menerimanya tetapi hatinya masih sedih dan sayu apabila mengenangkan tunangnya yang telah membuat keputusan diluar kehendaknya. Hafiz, merupakan seniornya di Uitm Shah Alam. Mereka telah berkenalan beberapa tahun yang lepas dan mengikat tali pertunangan setahun yang lalu. Kini segalanya telah berubah apabila Hafiz telah membuat keputusan untuk menangguhkan perkahwinannya sehingga dia memperoleh perkerjaan tetap. Jika menangguhkan perkahwinan sahaja Azie dapat memahaminya dengan hati yang terbuka, namun sebaliknya yang berlaku. Hafiz juga ingin menangguhkan percintaan mereka yang bersemai sejak 3 tahun lalu. Dia tahu Hafiz mempunyai alasan tertentu kenapa dia berbuat demikian. 

“Azie..sampai bila kau nak macam ni?. Aku tengok kau ni da macam kematian laki je. Kau jangan risaulah…Hafiz bukan nak putuskan pertunangan ni tapi nak mintak tangguh sahaja. Aku tahu perasaan kau tu tapi kau kena faham lelaki bukan macam kita. Dia ada 9 akal tapi 1 nafsu, sedangkan kita ada 1 akal 9 nasfu”..kata Maya teman sebilik Azie. Azie dia membisu memandang ke luar jendela.

“Sudahlah tu, kau fikir baik-baik apa yang dibuat ni pasti ada betulnya. Kau sendiri sudah ditarbiyah..udah ke usrah..ada murabbi..kau boleh fikir yang mana baik, yang mana buruk..aku boleh nasihatkan kau je. Keputusan ada ditangan kau”. Kata Maya lagi.

Azie dengar apa yang Maya katakan tadi tetapi dia hanya membatukan diri sahaja. Bukan dia tidak faham sebab Hafiz membuat keputusan begini tetapi mungkin dia hanya ikutkan perasaannya sahaja. Apa yang Maya katakan tadi terkesan di lubuk hatinya. 

Dia masih ingat, kata-kata murabbinya, “jagalah hati dari dicemari lelaki yang belum pasti haknya melainkan dia suami kita. Bukan mudah untuk menjaga hati tapi kalau kita berusaha dan bertawakal pada Allah pasti segalanya menjadi mudah”. Azie tersenyum mengenangkan kata-kata murabbinya.
“Ya aku mesti menjaga hati dan nafsuku. Hati dan cintaku hanya milik suamiku. Cinta Allah cinta yang hakiki. Itu yang utama”. Bisik hati Azie.
“Daripada kau termenung depan tingkap tu, baik kau siap cepat-cepat ada tazkirah Ustaz Daniel hari ni” cakap Maya lantang. Terkejut Azie mendengarnya. Cepat-cepat dia beristigfar dan mengurut dadanya. Tanpa berlengah Azie mencapai tuala untuk membersihkan diri dan bersiap untuk ke masjid. “Maya kau pergi dulu na, aku nak mandi dulu” pesan Azie sebelum melangkah ke toilet.
 
Azie melangkah ke Masjid dengan azam yang baru. Dia ingin menjaga hati dan mencari cinta Allah yang Esa. Cintaku hanya milik suamiku, walaupun Hafiz sudah menjadi tunangnya tapi dia masih tidak berhak menerimanya lagi. Suami isteri pun boleh bercerai inikan pula baru bertunang. Macam-macam boleh jadi fikir Azie.
Ustaz Daniel. Siapa tak kenal ustaz muda yang baru  pulang dari Universiti Al-Azhar mengambil jurusan Usul Fiqh dan Syariah. Slot Ustaz Daniel setiap hari selasa lebih berfokus kepada munakahat dan remaja. Pada hari selasa pasti ramai yang akan datang ke masjid untuk mengikuti tazkirahnya. Penyampaiannya sangat berkesan dan mudah difahami.  
Tazkirah ringkas semasa menanti waktu Isyak yang disampaikan oleh Ustaz Daniel amat berkesan dihatinya. Tajuk yang disampaikan ringkas tetapi mempunyai maksud yang mendalam mengusik tangkai hatinya. “ Jangan menduakan cinta-Nya dan tanggungjawab suami dan isteri”. Bukan sekali dia mendengar perkara ini, malah sudah berulangkali dari murabbinya, tazkirah-tazkirah lain mahupun dari pembacaan. Namun selepas tunangnya Hafiz meminta menangguhkan cinta yang dibina hampir 3 tahun sudah, hatinya menjadi kacau seketika. Dan kini, hati Azie mangkin terisi dan terubat dengan cinta Illahi yang wajib dicari dan didahului sebelum mendapat cinta lelaki yang bergelar suami. 
“Jangan menduakan cinta-Nya. Naluri ingin mencintai dan dicintaimu itu akan terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta agung. Kuasa dan cinta agung ini lebih membina kegagahan dalam setiap derap langkahmu menuju masa depan. Kegagahan tercipta kerana dirimu berasa dinaungi cinta Yang Maha Gagah. Itulah kehebatan cinta Allah. Bila kita mencintai Allah lebih dari segalanya InsyaAllah cinta yang lain akan datang kepada kita, apatahlagi cinta suami kepada isteri dan cinta isteri kepada suami. Cinta itu anugerah dan amanah, jangan kita mengotori cinta dan amanah yang Allah berikan kerana kita menyerahkan cinta kepada yang belum berhak” kata Ustaz Daniel yang terngiang-ngiang di benak fikiranya. 
Usai solat Isyak, Azie dan Maya beriringan menapak meninggalkan rumah Allah. Azie terkejut dan pantas mencapai tangan Maya. “ Maya cepatlah..aku tak nak bertembung dengan dia”. Maya menoleh kearah tempat muslimin. Maya terpandang Hafiz disuatu sudut yang agak tersorok. “patutlah Azie nak lekas pergi” fikir Maya. 
“kenapa kau takut terserempak dengan Hafiz?” Tanya Maya.
“Aku takut. Aku takut dengan perasaan aku sendiri ni. Kau tahulah aku ni macam mana. Sekali bercinta sekali tu je lah. Aku rindu dia sebenarnya, tapi aku takut bila aku terserempak dengan dia, aku menangis lagi. Tak ada siapa yang tahu apa yang ada dalam hatiku, kau pun tak akan faham. Hanya pada Allah aku mengadu. Tak pelah, kau jangan risau aku masih mampu kawal diri aku lagi.” Kata Azie sambil tersenyum. 
“Kau jangan macam tu. Aku tak nak kau bersedih macam ni. Aku tahu Hafiz sayang sangat kat kau. Dia buat semua ni demi kebaikan kau masa depan nanti. Aku tahu dia seorang yang bertanggungjawab. Dia tak akan abaikan kau. Percayalah. Nasihat Maya. Azie tersenyum memandang Maya.
Malam mangkin merangkak ke dinihari. Azie tidak dapat melelapkan matanya. Dia mengambil wuduk untuk menunaikan solat hajat dan taubat. Dia ingin mencari ketenangan yang beberapa minggu ini dia rasa resah dan gelisah. Azie menangis bersungguh-sungguh di hadapan Allah. Dia merasa berdosa dan bersalah.
“ Ya Allah, jika ini yang terbaik untukku  dan tunangku Hafiz, aku redha Ya Allah. Kau permudahkanlah urusan aku dan dia Ya Allah. Kau satukanlah kami, kau satukan cinta kami berlandaskan syariat-Mu Ya Allah. Kau bimbinglah kami, beri kami hidayah dan petunjuk-Mu Ya Allah. Ya Alah..Ya Rahman..Ya Karim, aku hanya mampu merancang kau yang menentukan segalanya. Maha suci Allah, aku tahu kau masih sayang kepada kami, kau menguji kami. Kau beri kami hidayah dan petunjuk-Mu. Janganlah kau pesongkan hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami. Kami mohon ke ampuan kepada-Mu Ya Allah, ampun dosa-dosa kami, bersihkan titik-titik hitam di hati kami..lindungilah kami di dunia dan akhirat..Amin..amin..yarabbilamamin…
Usai solat sunat, Azie duduk menatap laptop kesayangannya. Dengan lemah longlai, Azie membuka inbox e-melnya. Dengan pantas Azie membuka semula mesej yang diberi oleh tunangnya beberapa minggu yang lalu.
“ cinta adalah maruah manusia, ia terlalu mulia. Jadi janganlah kita gadaikan maruah kita kerana cinta sebelum nikah, cinta ini terang-terangan menghampirkan kita kepada penzinaan. Bagaimana untuk mengharapkan keredhaan Allah, kerana cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas nikah…Hafiz harap Azie faham permintaan Hafiiz, bukan berniat untuk mengetepikan Azie tapi Hafiz mahu kita tangguhkan dulu cinta kita sehingga kita bernikah. Walaupun kita sudah bertunang bukan bermakna kita bebas melakukan apa sahaja. Sebelum ini, niat Hafiz untuk mendekati Azie kerana Hafiz ingin mentarbiyah Azie dan berdakwah kepada Azie itu semua kerana Allah. Hafiz ingin kita bersama-sama perbaiki diri kita dan perbetulkan semua kesalahan yang pernah kita buat. Hafiz tahu bukan mudah untuk Azie terima ini semua tapi Hafiz yakin yang Azie kuat dan mampu lakukan. Azie jangan risau InsyaAllah jika sampai masanya kita akan bernikah. Berdoalah pada Allah segalanya pasti mudah. insyaAllah. Ingatlah pesan Hafiz selalu, “Kalau kita setia dengan Allah, insyaAllah pasangan kita akan setia dengan kita”..Wassalam…..
Azie menangis keseorangan. “ Ya Allah berilah aku kekuatan”..bisik hati Azie.
“maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” (94: 5-6).
Ini adalah ujian Allah. Ujian Allah merupakan tarbiyah dari-Nya. Azie berfikiran positif sekarang, walaupun hakikatnya hati dan jiwanya sengsara. Tapi dia tahu setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Azie sentiasa mendoakan kebaikan untuk diri dan tunangnya. InsyaAllah Allah akan permudahkan jalan kami..amin..
Azie melelapakan mata dengan hati yang tenang dan berlapang dada. Moga hari esok membawa sinar kebahagiaan untuknya.



No comments:

Post a Comment

::= like =::