SENYUM...XPERLU KATA APA..=)


senyum...senyum yang ikhlas lahir daripada hati amat menyenangkan orang lain bila memandangnya...senyum itu amat dasyat, walaupun ia mudah namun bukan mudah untuk melahir senyum yang ikhlas.
senyuman penting  agar memberikan rasa nyaman kepada orang lain. Rasulullah pernah memotivasi para sahabatnya tentang makna senyuman itu.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh HR. Muslim, Rasulullah berpesan, “Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu,  walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain,”.
Senyuman kini telah dikembangkan menjadi sebuah terapi yang menyejukkan diri sendiri dan orang lain.




Senyum juga merupakan sedekah..hal ini kerana, senyuman merupakan suatu pemberian yang cukup bermakna dan menyenangkan hati orang yang menerimanya..senyum mampu mengusir duka dan mendamaikan hati.
Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)....

Dengan senyum juga dapat menyingkirkan rasa sombong, riak, ego dan sebagainya dalam diri..
Firman Allah SWT., "Maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (QS. Ali-Imran : 159)...

Senyum itu ada berbagai jenis..Ada senyum yang muncul mewakili perasaan , ada juga senyum dusta.Senyum yang lahir dari perasaan adalah senyum sejati. Ia hadir saat seorang Muslim bertemu dengan saudaranya atau menyaksikan peristiwa yang mengundang senyum. Peribadi Rasulullah SAW sentiasa dihiasi dengan sifat ini. Abdullah bin Harits mengatakan, "Saya belum pernah melihat seorang pun yang paling banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." (Riwayat Ahmad).

Bukhari juga telah meriwayatkan sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasul SAW tersenyum melihat para wanita yang lari lintang-pukang apabila mengetahui Umar bin Khattab ra akan datang. "Engkau lebih keras dan kasar berbanding Rasul SAW." Kata para wanita kepada Umar ra apabila ditanya Kenapa reaksi mereka sebegitu rupa.

Senyum ketika mendengar berita gembira juga termasuk dalam senyum sejati. Sebagaimana yang dilakukan oleh Abu Bakar ra apabila beliau dipilih oleh Rasul SAW untuk menemani baginda berhijrah ke Madinah. Ketika itu Abu Bakar ra tersenyum hingga menitiskan air mata kegembiraan.

Senyum juga boleh menguntum hasil daripada perasaan kecewa dan sedih. Sebagaimana yang berlaku apabila Rasulullah SAW tersenyum kepada Ka'ab bin Malik (salah seorang dari tiga orang yang tidak turut serta dalam perang Tabuk). Ka'ab mengatakan, "Ketika aku datang kepadanya. Aku memberi salam, dan baginda tersenyum…"


Senyuman dusta, merupakan senyum yang di paksa-paksa..tiada jiwa dalam senyuman itu..tiada kedamaian..si penerima dapat merasa sama ada senyum itu ikhlas ataupun tidak..





1 comment:

  1. salam ukhwah..ana tertarik dgn blog enti nie...klu diizinkan..mohon share utk artikel ini ya..

    ReplyDelete

::= like =::