"3S"..3 super...3 in 1...

Bismillahirrahmanirrahim..

Let’s became super women..super wife and super mom…

super women!!! 

super wife!!!

Super mom!! 

Alhamdulilah, dapat lagi ana mencoretkan kata-kata di dalam blog ana ini. Alhamdulilah..kita juga masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dimuka bumi Allah ini tanpa ada bayaran pu..bersyukur kita masih diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik…subahanalah..sungguh besar nikmat Allah itu…

Allah ada berfirman dalam al-Quran surah ar-Rahman (55:13) :
“maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan”..

Berdasarkan surah ini, Allah menyatakan berulang kali tentang nikmat. Nikmat manakah yang boleh kita dustakan??..segala yang Allah berikan itu adalah nikmat yang wajib kita bersyukur. Segala musibah yang menimpa itu juga nikmat kerana melalui musibah yang menimpa kita itu akan membawa kita kembali kepada pencipa. Ingatlah segala ujian itu adalah tarbiah dari Allah…
Nikmat yang diberikan oleh Allah sangat bernilai harganya..apatah lagi nikmat iman dan Islam. Salah satu nikmat yang Allah berikan ialah menjadi seorang wanita, malah bersyukurnya kita menjadi muslimah soleha yang bermuhajadah di jalan Allah.

Seorang wanita umpama matahari yang bersinar dalam keluarganya. Dia adalah pusat orbit lintasan perjalanan hidup suami dan anak-anaknya. Dia yang berada dibarisan hadapan dalam memberikan cinta, bakti dan pengorbanan untk org yang dikasihinya.

Begitu pentingnya peranan seorang wanita, isteri, ibu dalam kehidupan sesebuah keluarga muslim, sehinggalah Allah menjanjikan syurga kepada wanita soleha. Bahkan bidadari syurga pun mencemburi wanita soleha.

Sesungguhnya, wanita soleha itu lebih tinggi darjatnya daripada bidadari syurga. Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
P/S= mari rebut peluang menjadi wanita soleha...dan 3 super...

"KITA DIBAWAH LANGIT YANG SAMA"....renung2kan...=)


Kita Berbeza Di Bawah Langit Yang Sama
www.iluvislam.com
Oleh : Nur Fazlin

Sumber : Buku Tawajuh Cinta oleh Juwairiah Md. Jamil
Editor : raidah


Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang manis. Aku mencapai satu paket gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh.
 
"Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?". Pandangannya menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya.
 
Aku masih diam. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan.
 
"Hilwah... kau marah?"
 
Aku menggetis donat di dalam piring, lalu menyuapkannya ke mulut. "Buat apa aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan."
 
"Aku bukan mengajak bertekak, Hilwah. Tapi berkongsi pandangan," balasnya. Dia mengorak senyum. "Err, tapi maksud kau, betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional?
 
Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Menarik nafas. "Ya... dan tidak." Aku menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. Rasa terhina!
 
"Maksudmu?"
 
Aku memerhatikan gelagat beberapa orang AJK seminar yang gesit berpergian ke sana ke mari. Sibuk mengurus bahan-bahan untuk pembentangan kertas kerja sesi petang. "Ya, dari sudut material, mungkin. Atau stratifikasi kelas profesional. Jika dari sudut itu, aku akui. Tetapi tidak jika kau katakan profesion guru itu serendah-rendah kerjaya dari aspek khidmat bakti, budi, hatta martabatnya di sisi Tuhan."
 
Dia terlongo. Kemudian perlahan-lahan menguntum senyum. "Kau sebenarnya marah padaku, bukan?"
 
Aku sekadar diam. Dan menjeling geram.
 
"Hati-hati, nanti matamu juling!" usiknya.
 
Segaris senyuman pun tidak terlukis di bibirku. Pedulikan!
 
"Maafkan aku tentang hari itu."Matanya tunak merenung anak mataku. Tajamnya menembus ke jantung!
 
Aku melarikan pandangan, dan sedikit terpinga. "Maaf? Tentang apa?" Baki donat di tangan, aku suapkan ke mulut. Gula yang melekat pada jari kukesat dengan sehelai tisu yang sudah keronyok.
 
"Maafkan aku kerana aku telah berkahwin." Roman mukanya menggambarkan kekesalan.
 
Aku terperanjat. Eh, kenapa soal ini pula yang ditimbulkan? "Kenapa minta maaf? Salahkah jika berkahwin?" Aku pura-pura berlagak selamba. Mengenang peristiwa bulan sudah ketika aku keluar ke pusat membeli-belah. Niat di hati mahu mencari hadiah hari jadi untuk teman baikku, Suraya. Jadi, aku keluar seorang diri. Dan Tuhan telah memperlihatkan kepadaku pada hari itu, dia sedang mendukung seorang bayi sambil tangan kirinya memegang tangan seorang wanita kecil molek. Mata kami bertembung. Dan dia kaget. Gelabah.
 
"Aku tahu hatimu, Hilwah. Takkan kau telah lupakan segala kenangan kita di bangku sekolah?" Tampangku tertampan di kornea matanya, tidak mahu lepas-lepas. Aku kalah pada renungan itu, lalu mengalih pandang kepada cawan putih di hadapanku, berenang di dalam cairan kopi yang hitam pekat.
 
Semilir kenangan kembali berhembus di ranting ingatan. Dahulunya, dia seniorku ketika di bangku sekolah menengah. Aku masih ingat, setiap kali tiba waktu rehat, pasti dia dan beberapa teman baiknya akan datang ke kelasku. Mengintai-intai gerakku. Sepi tanpa suara, dan langsung tiada usikan. Juga tiada surat cinta. Hanya pandangan mata berbicara. Tetapi itu tidak lama kerana dia berpeluang menyambung pengajian di universiti, sedangkan aku masih di tingkatan dua. Segala yang pernah berlaku terus lesap dikaburi cita-cita masa depan.
 
"Masakan aku lupa, Is. Tapi kita tak punya apa-apa hubungan aku kira. Sekadar rasa di hati. Setiap manusia pasti punya naluri demikian. Itu fitrah." Kopi sudah suam. Aku meneguk sekali. Rasa pahit di tekak tiba-tiba.
 
"Tapi aku tahu, kau masih miliki rasa terhadapku hingga saat ini. Jangan kau nafikan, Hilwah." Kening lebatnya bertaut. Renungannya tajam.
 
"Is, aku minta diri dulu. Majlis dah nak mula." Aku gesit berdiri sambil mencapai beg tangan berona coklat di atas meja beralas cadar merah jambu. Sekonyong-konyong, beg tangan itu terasa seperti tersangkut pada sesuatu. Berat. Aku memandang sekilas. Dia menarik beg tanganku!
 
"Kenapa ni, Is?"
 
"Aku tetap tahu hatimu biarpun kau diam atau tidak mengakui. Aku tahu, Hilwah..." Beg tanganku dilepaskan. Dan aku berlalu dengan mengusung hati yang libang-libu.
 
Aku sengaja sign in ke Yahoo Messenger dengan status available. Tumpuanku tidak pula ke situ. Tanganku cekatan menaip sebuah artikel untuk dipos ke blog yang aku kira sudah semakin semak dan bersawang akibat tidak dikemaskini beberapa lama.
 
Buzz! Aku terperanjat. Melihat tetingkap Camar Senja terpapar di skrin komputer riba.
 
"Hilwah, aku tetap bertegas mengatakan karier pensyarah adalah lebih baik berbanding guru!"
 
Batinku serasa berasap mendengar kenyataan itu. "Kau ni kenapa, Is? Tanpa salam, terus saja redah cakap merapu-rapu!" Aku sedikit radang.
 
"Kenapa, kau tiada hujah untuk membidas kenyataanku itu? Kerana ia benar, bukan?"
 
" Tidak! Tak kuasa aku nak melayan kerenah kau yang entah apa-apa. Perasan sangat!" Aku membalas geram.
 
"Perasan atau kau sebenarnya telah mengaku kalah?" Dia mengirim senyuman ketawa berdekah-dekah. Aku kian hangat. Kugenggam jari-jemari dan berderap-derup bunyinya. Segera ku taip, "Kau tahu, aku pernah membaca ungkapan ini 'kemenangan yang sebenar adalah dengan mengaku kalah'. Ertinya, aku menang lantaran tidak mahu berbalah dengan kau!"
 
"Tidak. Kau tidak menang selagi tidak dapat mematahkan hujahku... Bagi aku, kerjaya guru layak dipohon oleh sesiapa saja, hatta tukang kebun!"
 
Ini sudah melampau! Tuduhan melulu tidak berasas. Pasti sengaja mahu menaikkan darahku. "Eh, kau ni betul-betulkah pensyarah? Jangan cakap melulu saja. Kau tak tahukah, untuk menjadi guru perlukan pengetahuan pedagogi. Serba-serbi tentang dunia pendidikan kena tahu. Dan aku rasa, kau juga tidak punya pengetahuan pedagogi! Menurutku, untuk menjadi pensyarah tidak semestinya perlukan pengetahuan itu." Aku berhenti sejenak. Berfikir dalam-dalam sebelum meneruskan. "Tukang kebun dengan dunia tukang kebunlah. Jika tukang kebun kurang arif tentang dunia guru, kita pun serupa. Kurang dari segi ilmu perkebunan. Bukankah kita ini saling lengkap-melengkapi. Ha, jangan kau nak hina tukang kebun pula! Ingat, datukmu dahulu tukang kebun juga!" Aku sengaja melemparkan paku buah keras.
 
"Ahh!! Kau jangan nak kaitkan dengan datuk aku pula."
 
Aku sengaja tidak membalas. Malas sungguh mahu melayan sikapnya yang keanak-anakan itu, sedangkan hakikatnya sudah pun menjadi bapa orang.
 
Buzz! "Kalau kau perhatikan, guru sering tidak ke mana-mana. Di takuk itu jugalah, tak berubah-ubah sampai pencen! Cuba kau lihat pensyarah. Lepas dapat M.A. sambung Ph.D pula. Kemudian sambung lagi, dan lagi. Aku kira, hanya golongan pensyarah yang mentradisikan pembelajaran sepanjang hayat."
 
Aku naik jelek. Rasa meluat meluap-luap dalam dada. "Aku tak faham kenapa kau terlalu ghairah untuk mengangkat kedudukan kerjaya sendiri." Anak rambut jatuh berjuntaian di dahi. Gesit aku menyelit di belakang telinga. "Hmm, bagi aku, pembelajaran sepanjang hayat bukanlah mesti melalui proses formal semata. Bukan sekadar belajar daripada buku-buku, teori atau kajian ilmiah, bahkan dari kehidupan dan pengalaman itu sendiri. Cuba kau lihat golongan lama di kampung-kampung. Mendengar kuliah ilmu di masjid-masjid, menadah kitab di pondok-pondok, belajar sesuatu melalui pemerhatian dan renungan terhadap alam, itukan juga suatu pembelajaran, meski tidak formal. Tidak perlu berpangkat pensyarah atau berlenggang bawa 'telinga' masuk ke dewan kuliah baru boleh dikatakan sebagai belajar. Kehidupan ini madrasah, Is. Sekolah. Kita sentiasa belajar daripada sekolah hidup..." Aku menyudahkan rangkaian ayat-ayat tersebut dengan senyuman puas.
 
Camar Senja is typing a message. "Ya, baiklah. Aku setuju. Tapi apa pendapat kau tentang karier guru? Guru dengan pensyarah; mana lebih baik?"
 
"Is, aku takkan menghukum mana yang lebih baik. Masing-masing ada kurang lebih tersendiri. Misalnya, jika kau katakan pensyarah itu lebih baik, alasannya mungkin kerana tangga gajinya yang lebih tinggi, ruang kerja yang lebih kondusif dan eksklusif. Gelar 'pensyarah' itu sendiri sudah kedengaran gah berbanding guru."
 
"Akhirnya kau mengaku juga..."
 
"Aku belum habis, Is. Sudah aku katakan, aku tidak berpihak kepada mana-mana. Selama ini pun, aku langsung tidak pernah terfikir untuk membandingkan di antara dua kerjaya itu, atau kerjaya-kerjaya lain juga. Apa yang penting, setiap pekerjaan itu niatkan ikhlas kerana Allah. Di situlah nilainya."
 
"Aku tetap mahu penjelasan kau tentang karier guru."
 
Aku mendengus marah. Genggaman penumbuk aku acukan ke skrin komputer. Geram. "Kau ni degil ya? Bapa yang sungguh degil! Kelak, anak-anakmu akan mewarisi kedegilan itu."
 
"Teruskan saja... Aku ini bapa muda, tahu?"
 
Aku mencebik. Perasan! Jari-jemariku kembali menekan-nekan papan kekunci. Menaip pantas. "Baiklah. Secara peribadi, karier guru bagiku lebih mulia berbanding pensyarah. Bukan mudah untuk menjadi guru, Is. Tapi jika mahu jadi pensyarah, serasaku lebih senang. Gelarnya juga pensyarah. Masuk ke dewan kuliah, bersyarahlah semata tanpa terlalu menitikberatkan sama ada pelajar faham apa tidak. Guru sebaliknya. Dia harus 'menyuap' pelajar ketika pelajar itu masih kosong. Tidak punya sebarang asas pembelajaran. Jadi, mana lebih susah?"
 
"Pelajar universiti kan sudah dewasa. Bisa hidup mandiri. Tidak perlu 'disuap' lagi..." Dia tiba-tiba mencelah.
 
"Tunggulah aku habiskan ayat, Is. Kata mahu dengar hujahku."
 
Dia mengirimi senyuman malu tersipi-sipu. "Okey, okey..."
 
"Kau harus tahu. Guru turut berperanan sebagai ibu dan ayah kedua selain mengajar. Misalan yang dapat aku bawa, ada sebahagian guru di pedalaman yang terpaksa memandikan pelajar dan bedakkan mereka sebelum pengajaran bemula. Ini kerana pelajar-pelajar tersebut tidak pernah mandi pagi. Lantaran itu, memandikan mereka merupakan salah satu pendekatan untuk memberitahu mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan diri." Jeda memanipulasi. Fikiranku ligat berputar, bagai roda di atas jalan. Aku meneruskan. "Malah, guru lebih dekat dengan pelajar jika dibandingkan dengan pensyarah. Pelajar tidak segan silu untuk bertemu guru tentang apa juga permasalahan, hatta maslah peribadi. Hal sebalknya berlaku kepada pensyarah. Pensyarah dengan pelajarnya seolah-olah ada jurang yang lebar membataskan hubungan kedua-duanya untuk lebih hampir. Mungkin kerana taraf atau status pensyarah itu yang dipandang eksklusif, kononnya..."
 
Tiada balasan. Sepi. Aku melihat statusnya: Offline. Aku mengeluh. 'Merajukkah orang tua ni?' Aku yang sejak awal malas mahu melayan fiilnya terus hanyut dalam timbunan buku-buku dan abjad-abjad di skrin komputer.
 
Kafe Fakulti Pendidikan lengang, tidak ramai pelanggan. Aku terus menghirup bihun sup yang masih panas berasap. Lapar mencucuk-cucuk sehingga aku tidak lagi pedulikan tampang di hadapanku.
 
Dia tersenyum. "Bagus juga hujah kau semalam, Hilwah. Maaf, aku terpaksa sign out sebab ada hal mengejut. "Dia sekadar menghirup teh O ais limau menerusi straw berjalur putih jingga di atas meja tanpa alas.
 
"Kenapa? Anak meragam? Atau isteri merajuk melihat suami berchatting dengan perempuan lain?" Aku sengaja mencucuk. Mahu melihat riak muka.
 

SAYANGI DIRIMU...

Ya Allah masih jauh perjalanan ku,
Sejak aku dilahirkan
hingga kini..                                                                
Aku masih mengapai mencari sinar kehidupan,
Berilah aku petunjuk dan hidayahmu..
Berilah aku ketenagan dalam keredhaan-Mu..                       
Maafkan aku ya ALLAH..


 
Sayangilah dirimu…
Jangan kau terlalu dengan keegoanmu,
Jangan kau ikutkan nafsumu,
Jangan kau ikutkan emosimu,
Jangan kau sia-siakan hidupmu,
Bahagialah kau disisi-Nya,
Dengan cinta hakiki..cinta Illahi,
Sayangilah dirimu….

SAHABAT-SAHABAT... UKHWAH FILLAH..=)

Salam ceria ...salam sayang..buat sahabat-sahabatku..ukhwah fillah...



Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharum. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kejayaan bersama…

Kita ingin segalanya indah
Semurni pantai yang putih bersih
Indahnya bagai tersusun madah
Berseri ukhuwah dipupuk kasih

Kita rindukan kasih sayang
Untuk hiasi taman hati
Dalam melalui perjalanan suci
Ingin menuju arah Tuhan
Perlu tetap tujuan kita
Baru kehidupan aman berpanjangan

Demi perjuangan perlu satu hati
Tetapkan iman di dalam diri
Perintah Allah wajib dipatuhi
Sunnah Rasul perlu dicontohi
Biar keikhlasan kita berbicara
Barulah terhindar sengketa sesame
By: Far east..

Definisi Ukhuwah Dari segi bahasa : berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi.

Dari segi istilah : Menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang,tolong menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah berfirman Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)

Menurut hadis : Seperti tubuh badan ,darah daging, dan roh umat Islam sendiri .

Memetik kata – kata Imam Hasan Al-Banna,
Ukhwah ialah, 'Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah'. 'Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)ʹ

ALLAH ada merakamkan di dalam surah al Taha ayat 29 – 35 [20: 29 – 35] tentang Nabi Ibrahim yang meminta pada ALLAH agar Dia mengurniakan seorang teman disisinya. Apakah cirri – ciri teman yang Nabi Ibrahim mahukan?
“dan jadikanlah bagiku seorang penyokong (pembantu dari keluargaku iaitu Harun, saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku agar kami banyak bertasbih kepadaMu dan mengingatiMu, sesungguhnya Engkau Maha Melihat keadaan kami” [20: 29 – 35]

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

“dan Dia (ALLAH) yang menyatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka tetapi ALLAH telah menyatukan hati mereka. Sungguh, ALLAH Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (8:63) 
Menurut Imam Ghazali : Ada 4 kategori :

1.      Ukhuwah dijalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa,tingkah laku dan sebagainya
2.      Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu
3.      Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengesihi guru dan para ulamak bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan didunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.
4.      Persaudaraan yang diikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.

Bersangka baiklah pada sahabat kita kerana itu serendah – rendah darjat dalam ukhwah.


AGAMA ITU PERGAULAN: HUBUNGAN IMAN DAN AKHLAK


Kepentingan akhlak mulia
Berdasarkan hadis:
Drp Usamah bin Syarik, katanya:
Kami duduk di sisi Rasulullah s.a.w seolah-olah di atas kepala kami ada burung (kami duduk diam). Tiada seorang dikalangan kami bercakap. Tiba-tiba kami didatangi orang, mereka bertanya: “siapakah hamba Allah yang dikasihi Allah?” jawab baginda: “mereka yang berakhlak mulia.  ( riwayat ath-thobarani)
Akhlak adalah salah satu cabang yang penting dalam Islam.Para rasul yang diutuskan di atas muka bumi ini membawa dua tugas penting iaitu menyuruh manusia menyembah Allah yang Esa dan memimpin manusia ke arah akhlak yang mulia.
Rasulullah SAW pernah bersabda dengan maksudnya:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Sabda nabi s.a.w
“sesungguhnya perbuatan jahat dan ungkapan keji bukanlah daripada (ajaran) islam. Islam seseorang yang paling baik ialah mereka yang paling mulia akhlaknya. (Riwayat at-Tarmizi)

Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai dan dijelaskan dalam al-Quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam al-Quran, bukan sahaja untuk difahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh kepada penghayatan dan kaedah penghayatan itu ialah kehidupan Rasuluilah s.a.w

Rasulullah s.a.w. seorang mu'min yang terulung. Seorang yang telah diasuh dan dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil yang menjadi ikutan dan teladan sepanjang zaman.
 Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

'Dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh agung'. (al-Qalam: 4)

Juga firman-Nya yang bermaksud:

 'Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasuluilah itu contoh ikutan yang baik'. (al-Ahzaab; 21)

Orang yang memiliki akhlak yang mulia juga menjadi orang yang dicintai oleh Rasulullah s.a.w dan menduduki tempat yang hampir dengan baginda di Hari Akhirat: 

“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian  dan yang paling hampir tempat duduknya dengan aku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.  Dan sesungguhnya orang yang paling tidak aku sukai dan paling jauh tempat duduknya dari aku pada Hari Kiamat adalah orang yang banyak berbicara, bermulut besar dan sombong.” (riwayat al-Tirmizi )


Akhlak mulia merupakan implikasi iman

Akhlak  dikira sebagai jasad iman ke dunia nyata.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang beriman dgn Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menyambung silaturrahim. Sesiapa yang beriman dgn Allah dan hari akhirat, hendaklah dia bercakap yang baik atau dia diam”.
Implikasi:
  1.    Perintah sembahyang yang wajib. Allah menjelaskan hikmahnya : (al-ankabut:45)
  2.    Zakat yang difardukan. (at-taubah:103)
  3.   Pensyariatan puasa dalam Islam.(al-baqarah:183)
  4.     Menunaikan haji (al-baqarah: 197) 
     
Spekulasi; "Ketika di hadapan ramai, mereka menampakkan keprihatinan dalam melaksanakan ibadat-ibadat yang dituntut, namun pada masa yang sama, mereka melakukan perkara haram yang ditolak oleh akhlak yang mulia dan iman yang sebenar.“

Maka, lantaran itu, wujudlah dua wajah yang yang tak dapat diterima; ahli ibadah yang tidak berakhlak, dan orang yang berakhlak tetapi buruk ibadahnya. Dia berkata : Agama terletak di hati. 
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mengancam mereka yang mencampur adukkan perkara tersebut. Baginda memberi amaran kepada umatnya supaya  berhati-hati terhadap golongan ini. Mengenai perkara ini, sebuah hadith  daripada Rasulullah s.a.w. menyebut: 

"Seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w.: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya seorang  wanita terkenal dengan banyak bersembahyang (sunat), berpuasa dan bersedekah, namun kata-katanya menyakiti jirannya." Sabda Nabi s.a.w.: "Dia dimasukkan ke dalam neraka." Kemudian beliau bertanya lagi: "Wahai Rasulullah, seorang perempuan terkenal dengan kurang bersembahyang (sunat) dan berpuasa. Dia hanya bersedekah sepotong kecil keju, namun dia tidak menyakiti  jirannya." Jawab Nabi s.a.w.: "Dia akan ditempatkan di dalam syurga”. (Riwayat Ahmad) 

Rasulullah s.a.w  menjadikan akhlak sebagai asas kebaikan di dunia dan kejayaan di akhirat. Tidak boleh tidak, akhlak perlu kepada tunjuk ajar dan nasihat yang berterusan demi memantapkannya dalam hati dan pemikiran. Sesungguhnya iman, kejayaan dan akhlak merupakan faktor-faktor yang saling berkaitan dan memperkukuhkan. Tiada sesiapa yang mampu merungkainya.
Orang yang beragama yang melakukan ibadah, namun selepas itu dia tetap melakukan kejahatan, bermasam muka  dan suka bermusuh-musuhan. Bagaimana orang sebegini hendak kita kategorikan sebagai orang yang bertaqwa.
Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. mengumpamakan keadaan-keadaan tersebut dengan perumpamaan yang mudah.
 Sabda Baginda :

"Akhlak mulia mencairkan kesalahan sebagaimana air mencairkan air batu. Akhlak buruk merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu. (Riwayat al-Baihaqi)

Rasulullah bersabda sebagai memperakui prinsip jelas tentang ikatan iman dengan akhlak yang mantap:

Tiga perkara sesiapa yang memilikinya, maka dia adalah munafik walaupun dia berpuasa, bersembahyang, menunaikan haji dan umrah juga berkata: "Saya muslim", apabila bercakap, dia menipu; apabila berjanji, dia mungkir; dan apabila diberi amanah, dia khianati. (Riwayat Muslim) 

Rasulullah memiliki akhlak yang agung
      Pada Diri Rasulullah s.a.w ada Suri Tauladan yang baik
      Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman :
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu, (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al Ahzab : 21)

Akhlak Rasulullah secara Umum
1. Akhlak qur’ani
 Ditanyakan kepada Aisyah ra. tentang akhlak Rasulullah SAW, maka jawabnya,”Akhlaknya Qur’ani” (Hadits):
 Akhlak Rasulullah adalah al-Qur’an.Karana itu, untuk memperoleh gambaran utuh akhlak beliau kita perlu memahami al-Qur’an dan as-Sunnah atau segala sesuatu yang ada kaitannya dengan pola kehidupan Rasulullah.
2. Akhlak manusia terbaik
“Dikatakan oleh Anas ra. bahwa Rasulullah adalah manusia yang terbaik akhlaknya”.

Contoh akhlak-akhlak mulia yang diperintahkan Nabi SAW
1. Jujur
 Hadits Rasul:
“Sesungguhnya kejujuran itu akan menghantarkan kepada kebajikan, dan sesungguhnya kebajikan itu akan menghantarkan ke syurga. Dan seseorang senantiasa berkata benar dan jujur hingga tercatat di sisi Allah sebagai orang yang benar dan jujur. Dan sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan, yang akhirnya akan mengantarkan ke dalam neraka. Dan seseorang senantiasa berdusta hingga di catat di sisi Allah sebagai pendusta.” (HR.Bukhari-Muslim)

2)      2. Dermawan ( 2:261)
“Tidaklah seseorang hamba berada berada pada suatu pagi kecuali dua malaikat turun menemaninya. Satu malaikat berkata: Ya Allah, berilah karunia-Mu, sebagai ganti apa yang ia infakkan. Malaikat lainnya berkata: Ya Allah, berilah ia kebinasaan karena telah mempertahankan hartanya yang tidak dinafkahkannya”.
3. Malu
 “Adalah Rasulullah SAW sangat tinggi rasa malunya, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila Beliau tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya pada wajah Beliau.” (HR.Muslim), “Iman itu mempunyai 71 atau 81 cabang dan yang paling utamanya adalah mengucapkan Laa ilaaha illal-Lah dan serendah-rendahnya adalah meyingkirkan duri (gangguan dari jalan).Dan sifat pemalu merupakan satu bagian dari iman.
4. Menepati janji (5:1; 17:34).
5. Menutupi aib (24:19).

MAHARKU UNTUKMU...

 
Inilah maharku untukmu
Seperti ini kumampu
Sepenuh hati kuberikan
Sebagai wujud cintaku

Maharku untukmu tulus kuserahkan
Kepada dirimu satu yang kupilih
Maharku untukmu agung karunia
Yang Allah berikan padaku untukmu
Terimalah sebaris doa

Semoga engkau bahagia
Dan kunyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci
 
 

KAWAL MARAH..ANDA HEBAT!!!

Marah? Semua orang boleh marah..kadang marah tak tentu pasal (marah tanpa sebab) tapi berapa ramai yang mampu menahan marah. Disebabkan gagal menahan marah kadang kita melakukan sesuatu diluar kawalan kita. Sudah tentu orang disekeliling kita mendapat tempias yang sama. Dan puncanya sudah tentu kita yang gagal mengawal perasan marah.

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah saw pernah bersabda:

“tidaklah seseorang itu dikira kuat dan gagah apabila ia menang gusti, tetapi seseorang dianggap benar-banar kuat dan gagah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah”(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apa yang terbeku di lubuk hati seandainya dimarahi seseorang yang tidak mampu dilawan seperti suami, ayah atau majikan?? Sudah pasti ada sesuatu yang bergelora di jiwa kita. Ketika kita pula yang marah dan anak-anak,isteri, pekerja, sahabat kita dan sebagainya menjadi mangsa. Pernahkah kita berfikir perasaan mereka bagaimana??...

Apabila kita marah, pada masa ini lah syaitan mudah memasuki pintu hati kita. Iman al-Ghazali menyenaraikan marah sebagai pintu pertama. Kita boleh lihat kes-kes yang berlaku pada masa ini seperti perceraiaan, pergaduhan, penderaan, sabodaj dan banyak lagi perkara-perkara yang negetif. Semuanya ini berlaku apabila seseorang berada dalam keadaan marah. 

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
 "Awaslah kamu dari marah-marah, kerana marah itu bererti menyalakan api dalam kalbu anak Adam, tidakkah kamu melihat seseorang yang marah itu merah matanya dan tegang urat-uarat lehernya, kerana itu bila seseorang merasakan yang demikian hendaklah berbaring dan meletakkan badannya ditanah."



Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
 "Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri makan hendaklah duduk, bila ia sedang duduk hendaklah bersandar (berbaring)." 

“Sesungguhnya ada diantara kamu orang yang lekas marah tetapi juga lekas reda, maka ini seimbang dan ada yang lambat marah dan lambat sembuh (reda), ini juga seimbang, dan sebaik-baik kamu lambat marah dan cepat re;a. dan sejahat-jahat kamu yang cepat marah dan lambat sembuhnya."

Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.(Hadis riwayat Abu Daud)
Daripada Abu Dzar, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah berpesan kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud:

Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

  
Atasi marah dan panas baran cara islam.. 

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).
3. Minum air.
4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.


Sama-samalah kita menahan marah daripada melepaskannya kerana sakit menahan marah itu seketika berbanding sakit akibat melepaskannya. Apabila kita menyatakan sesuatu ketika marah ia akan meninggalkan kesan parut dan luka. Ingatlah, walau berapa kali pun kita memohon maaf, dan menyesal atas perbuatan kita, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada fizikal. Marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi kuat dengan melawan dan menahan perasaan marah apabila ia menjelma. KAWAL MARAH…ANDA HEBAT!!!!

 

“SENYUM..TAK PERLU KATA APA”
Wassalam…

::= like =::