ISTIMEWANYA DIRIMU

Alangkah bertuahnya diri ini dilahirkan sebagai seorang wanita, dan sebaik-baik wanita ialah wanita soleha. Mari bersama-sama kita bersyukur kerana dilahirkan sebagai wanita yang darjatnya amat tinggi di angkat oleh nabi Muhammad SAW kita. Wanita yang setabah Sumaiyyah memang sukar untuk dicari, apatah lagi sebaik Balqis dan Zulaikha. Tidak kira siapa kita sebagai wanita, sekurang-kurangnya bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai wanita yang amat mudah untuk menghuni syurga yang abadi. Rasulullah SAW juga mengasihi wanita. Dalam Islam martabat seorang wanita soleha sangat tinggi darjatnya. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Rasulullah SAW juga bersabda,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Sesungguhnya, wanita soleha itu lebih tinggi darjatnya daripada bidadari syurga. Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)



Ciri-Ciri Wanita Solehah iaitu :
1 . Taat Kepada Perintah Allah swt dan RasulNya  :
  • Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
  • Wajib menutup aurat .
  • Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa.
  • Berbuat baik kepada ibu & bapa .
  • Bersikap baik terhadap tetangga .
2. Taat kepada suami :
  • Memelihara kewajipan terhadap suami .
  • Sentiasa menyenangkan suami .
  • Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah .
  • Tidak bermasam muka di hadapan suami .
  • Tidak menolak ajakan suami untuk tidur .
  • Tidak keluar tanpa izin suami .
  • Tidak meninggikan suara melebihi suara suami .
  • Tidak membantah suaminya dalam kebenaran .
  • Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga .

Istimewanya dirimu sebagai seorang wanita, apatahlagi sebagai wanita yang soleha. Mari kita sama-sama selami 19 keistimewaan wanita menurut hadis, semoga dengannya kita akan lebih menghargai diri kita sebagai wanita.

1)      Do'a  wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.  Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2)      Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3)      Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka  keatas tubuhnya.
4)      Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5)      Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.
6)      Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh  rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya  adalah surga.
7)      Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."
8)      Surga  itu di bawah telapak kaki ibu.
9)      Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu  maka jawablah  panggilan ibumu dahulu.
10)  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11)  Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada  suaminya dan rekannya ( serta  menjaga sembahyang dan puasanya ).
12)  Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"
13)  Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu  surga mana saja yang dia kehendaki
14)  Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT  memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )
15)  Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan  menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
16)  Apabila seorang perempuan  mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan  baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
17)  Apabila seorang perempuan  melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan
18)  Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan
19)  Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT 


“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)


WANITA SOLEHA
Wanita soleha
Kecantikan dan keayuanmu menjadi gilaan sesiapa,
Kau dicemburui oleh wanita biasa,
Bahkan bidadari syurga pun mencemburuimu..

Kau sentiasa menjaga hijabmu,
Menjaga pertutur katamu,
Melindungi mahkota perhiasanmu,
Menutupi dadamu yang mekar dan berombak,
Dengan mini telekong yang bersih dan suci.
Jika kecantikanmu membuat fitnah,
Kau menutupi wajahmu dengan purdah.

Wanita soleha,
Kau sentiasa dijaga dan dilindungi Allah,
Imanmu tidak seteguh Summayah,
Jiwamu  tidak setabah Siti Hajar,
Namun kau sentiasa bermuhajadah dan beristiqamah,
Bagimu muhajadah itu pahit kerna syurga itu manis.

Ketahuilah wahai wanita soleha,
Kau bak bidadari yang menghiasi dunia.

SALAM MAULIDUR RASUL..

Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Costantinople

 HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman  Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.  
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah

Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu 

peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-

panglima tentera.


Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
 
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin   menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
 
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Sumber :  Ustaz Muhammad Fauzi under Thaqafah Islamiah









MARI BERSALAWAT


“Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).

Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya"

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong kita di akhirat nanti.

TIPS MENCARI CALON SUAMI..

Kuat Agamanya

Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
Baik Akhlaknya

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.
Tegas Mempertahankan Maruah

Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.
Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

Tidak Boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
Tidak Liar Matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
Terbatas Pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.
Rakan Pergaulannya

Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.
Tenang Wajah

Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

SURAT CINTA

### Betapa indahnya membaca surat-surat cinta dari Allah..banyak peringatan dan nasihat yang diberikan kepada hamba-hambanya....###

” Kelebihan Membaca Al-Quran”
Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah:-
1. Ibadah yang paliong utama dari segi bacaan
2. Pahala membaca satu huruf daripada Quran (menurut Ibn Majah digandakan 400x, Ibn Al-Jauzi digandakan 700x)
3. Balasan satu huruf yg dibaca ialah bidadari syurga, juga dikatakan balasan pokok di syurga
4. Mengikut Ibnu Abbas r.a pembaca Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus
5. Selamat dari api neraka-mendapat kedudukan yg tinggi dan mulia bersama malaikat
6. Pada hari Kiamat, Al-Quran akan menjadi pembela
7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga
8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat
9. Pembaca akan dimasukkan dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin
10. Menjadi cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit
11. Jika di baca di dalam rumah, ajan memberi cahaya kepada rumah itu
12. Membaca secara tadarus(bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi para malaikat.
13. Pembaca yang mahir dan baik bacaan, diutamakan menjadi imam solat
14. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran quran
15. Mempelajari satu ayat lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat

KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK MEMBACA AL-QURAN

Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.
Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.

POTONG KUKU MENGIKUT SUNAH NABI

Bukan susah untuk mengikut sunah nabi. Salah satunya ialah memotong kuku. Potongku adalah perkara yang selalu kita buat. Apa kata selepas ini potong kuku ikut sunah nabi..=)






Potong kuku pada hari ISNIN, KHAMIS JUMAAT..ada fadilatnya..


Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan Hari

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat 

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taal.

..= bukan susah untuk melakukan sunah nabi =..=)

JAGALAH HATI

" carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru".

HATI. Hati merupakan raja dalam diri. Jika baik hati itu maka baik la seluruh jasad itu.
Rasullulah s.a.w bersabda: " di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baik lah manusia tersebu. Jika sebaliknya, jika jahat daging itu, maka jahat pula lah orang tersebut. Daging itu ialah hati".

Iman di hati ialah kunci utama ke arah perubahan sikap. Ia secara automatik akan mengubah manusia secara bertahap-tahap.  segala perubahan yang dilakukan mesti berkaitan dengan soal hati. Apabila soal hati ditangani dengan iman, ia memberi satu kekuatan luar biasa dalam diri manusia yang biasa. Keyakinan dan keimanan pada Allah merupakan sumber kekuatan untuk melakukan perubahan kerana ia merungkai semua halangan dan godaan luaran yang mengganggu usaha ke arah perubahan.

Berhati-jati menjaga hati. Hati yang sakit perlu dirawat dengan segera. Hati umpama badan kita, apabila badan kita sakit contohnya demam kita berjumpa doktor untuk meminta rawatan. Bila badan tidak sihat kita akan merasa tidak selesa dan tidak bermaya. Begitu juga hati kita, bila ia sakit hati kita perlu dirawat, bila hati sakit kita akan merasa resah dan kelisah. Jiwa tidak tenteram dan bergelodak di sebabkan hati kita sakit.

seumpama penyakit yang lahir ada virus atau bakteria puncanya. begitu juga penyakit hati. Virus penyakit hati ialah DOSA. Virus ini menyerang tidak secara mendadak ia merosakan hati secara perlahan-lahan dan berperingkat. Kejahatan bukan satu kebetulan, tetapi ia kebiasan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap.


KITA SEPATUTNYA...

Hubungan cinta sebelum perkahwinan merupakan satu cabaran bagi pemuda-pemudi hari ini. Jika kita terjebak dengan perkara ini, kita mestilah berpegang kepada prinsip-prinsip yang betul dan takut kepada Allah (khauf Allah) kerana sudah pasti syaitan akan sentiasa menghasut kita untuk melakukan maksiat.

Kita sepatutnya bersyukur jika si dia :
  • Menolak ajakan kita untuk keluar.
  • Tidak selalu mengadu kesedihannya.
  • Cemburu pada tempatnya.
  • Mengajak kita untuk bertahajud.
  • Mengajak kita menutup aurat dengan sebenar benarnya.
  • Mengingatkan kita atas dosa-dosa yang kita tidak sedari.
  • Mengajak kita untuk berkahwin jika sudah mampu.
  • Menahan dari melafazkan kata-kata cinta yang tidak hak kepada kita.
Kita tidak sepatutnya bersyukur jika si dia :
  • Mengajak kita keluar ditengah malam semalaman.
  • Mengadu pada setiap saat sehinggakan terluka 2 cm pun mahu mengadu.
  • Cemburu buta sampaikan marah walaupun sedikit.
  • Mengajak kita ke majlis-majlis maksiat.
  • Bangga dengan pakaian ketat yang terdedah kita.
  • Mengajak kita membuat dosa.
  • Menangguh pernikahan semata-mata untuk mengejar kesenangan dunia.
  • Selalu melafazkan kata-kata cinta setiap hari.

##..CINTA itu fitrah yg ad pada setiap insan yg normal..cinta itu anugerah dan amanah yg diberikan Allah pada setiap insan..love is the verb...not word..cinta perlu dibuktikan dengan perbuatan bukan hanya perkataan.. cinta itu tanpa syarat yg tidak mengharapkan balasan..jika dikaitkan dengan cinta ALLAH pada manusia..banyak nikmat yg ALLAH berikan pada kita dan Dia tidak meminta balasa..oleh itu, cintalah ALLAH untuk mendapat cinta mahluk...###

"semakin banyak yg kita beri bukan untuk menerima semakin banyak yg kita dapat"

Kata Mutiara Islam dari Imam Hasan Al Bashri



Imam Hasan Al Bashri adalah salah seorang ulama terkemuka dari kalangan tabi’in yang banyak berguru kepada para sahabat Rasulullah saw. Beliau lahir di Madinah, tahun 642 Masehi dari ayah bernama Yasar, bekas budak Zaid bin Tsabit dan ibu yang pernah menjadi budak Ummu Salamah, salah satu istri Nabi Muhammad saw. Jadi beliau lahir dalam kalangan keluarga Nabi saw. Bahkan tak jarang Ummu Salamah menyusui bayi Hasan ketika ditinggal oleh ibunya.
Ummu Salamah juga sering membawa Hasan yang masih kanak-kanak ke majelis para Sahabat dan Umar bin Khattab r.a. pernah mendoakannya:Ya Allah, jadikan ia faham agama dan jadikan orang-orang mencintainya!

Mutiara Hikmah dari Imam Hasan Al Bashri

Kata mutiara 1
“Wahai anak Adam! Kalian tidak lain hanyalah kumpulan hari, setiap satu hari berlalu maka sebagian dari diri kalian pun ikut pergi.”
Kata mutiara 2

“Diantara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wata’ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.”
Kata mutiara 3

Semoga Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu amalan. Jika niatnya adalah karena Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan karena Allah maka ia mengurungkannya.”
Kata mutiara 4

“Tidaklah datang suatu hari dari hari-hari di dunia ini melainkan ia berkata, “Wahai manusia! Sesungguhnya aku adalah hari yang baru, dan sesungguhnya aku akan menjadi saksi (di hadapan Allah) atas apa-apa yang kalian lakukan padaku. Apabila matahari telah terbenam, maka aku akan pergi meninggalkan kalian dan takkan pernah kembali lagi hingga hari kiamat.”
Kata mutiara 5

Janganlah Anda tertipu dengan banyaknya amal ibadah yang telah Anda lakukan, karena sesungguhnya Anda tidak mengetahui apakah Allah menerima amalan Anda atau tidak.”
Kata mutiara 6

Jangan pula Anda merasa aman dari bahaya dosa-dosa yang Anda lakukan, karena sesungguhnya Anda tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa Anda tersebut atau tidak.”
Kata mutiara 7

“Saya belum menemukan dalam ibadah, sesuatu yang lebih sulit dari pada shalat di tengah malam.”
Kata mutiara 8

Seorang mukmin hidup di dunia bagaikan seorang tawanan yang sedang berusaha membebaskan dirinya dari penawanan dan ia tidak akan merasa aman kecuali apabila ia telah berjumpa dengan Allah Subhanahu wata’ala.
Kata mutiara 9

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian, sakit dan sehat (bagi setiap hamba-Nya). Barang siapa mendustakan takdir maka sesungguhnya ia telah mendustakan al-Qur’an. Dan barang siapa mendustakan al-Qur’an, maka sesungguhnya ia telah mendustakan Allah.”
Kata mutiara 10
“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, karena kamu akan rugi di keduanya. Singgah di dunia ini sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”
Seorang pemuda mendatangi al-Hasan al-Bashri dan mengadukan masalah yang sedang ia hadapi kepadanya. Pemuda tersebut berkata, “Saya telah berusaha untuk bisa menjaga shalat malam, akan tetapi sampai saat ini saya masih belum mampu untuk melaksanakannya.” Al-Hasan al-Bashri menjawab, “Dosa-dosamu telah menghalangimu untuk melakukannya.”
Demikianlah, beberapa kalimat penuh hikmah, mutiara islam, dari salah seorang ulama salaf yang patut kita teladani. Semoga bermanfaat.

http://blog.al-habib.info/id/kata-mutiara-islam-dari-imam-hasan-al-bashri/

Sahabat


Sahabat ,
Apa makna berkawan jika kita tidak hargai,
Kehulu kehilir bersama,
Galak tawa bersama,
Sama  berkerja,
Sahabat  ingatlah,
Berkawan biarlah seribu berkasih biarlah satu....

Sahabat,
Selagi masih ada rasa kasih antara kita, hargaila ia..
Andai ditakdirkan antara kita pergi terlebih dahulu,



kenanglah perjalanan hidup kita bersama..
Doakan  kesejahteraaanya disana....
Maafkan  segala kesalahannya ..

sahabat,
Mungkin kita tidak tahu dia berkecil hati dengan kita...
Mungkin kita tidak tahu dia berbangga dengan kita...
Sahabat,
Diam seribu bahasa tidak bererti dia suka,
Diam seribu bahasa tidak bererti dia tidak kisah,
Gelak  tawanya mungkin hanya  ilusi yg hanya mengkaburi mata kita,
Gelak  tawanya mungkin hanya bersandiwa,
Hakikatnya,  tiada siapa yang tahu...

Ingatlah sahabatku secebis ayat:
“ dan jangan la kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan sebahagian keatas kamu atas sebahgian yang lain” ( 4:32).......
Ketahuilah sahabatku, aku sayang pada kamu...



I want you be my husband and my friend and my strength

Aku tidak mencari teman lelaki,

Aku tidak mencari kekasih..

Aku mencari teman..

Teman yang sentiasa mendampingiku..

kekasih halalku bagiku..


Bukan hanya di dunia tetapi di akhirat…….

I know that deep in my heart....
When I think of you
I ask Allah to bless all we do
I want you be my husband and my friend and my strength
And I pray we`re together in jannah'
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along…

I`ll be with you,
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time....

BELANJA KAHWIN...

Berkahwin merupakan satu firah manusia. Sebelum melangkah ke alam rumah tangga beberapa perkara perlulah diambil kira....dan salah satunya yang penting iaitu belanja kahwin atau wedding budget...

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah.


Pra-perkahwinan:
  • Kursus perkahwinan
  • Wang hantaran
  • Mas kahwin
  • Upah jurunikah
  • Kad jemputan
  • Setem
  • Cincin tunang
  • Cincin kahwin
  • Barang kemas
  • Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
  • Tempat penginapan untuk rombongan


Barangan Hantaran:
  • Sirih junjung
  • Potpurri
  • Al-Quran
  • Telekung/sejadah
  • Kain ela
  • Baju kurung
  • Beg tangan
  • Tuala
  • Jam
  • Kasut
  • Satu set peralatan solek
  • Satu set penjagaan badan
  • Buah-buahan
  • Puding
  • Coklat
  • Kek


Juruandam:
  • Pelamin
  • Bunga pahar
  • Bunga telur/cenderahati tetamu
  • Baju songket
  • Hiasan bilik tidur
  • Pintu gerbang
  • Hiasan hantaran


Abadikan memori:
  • Videografi yang siap disunting
  • Jurugambar


Kanopi:
  • Kanopi
  • Kerusi dan meja
  • Alas meja
  • Kipas siling
  • Lampu
  • Upah pekerja


Hotel atau taman:
  • Sewa hotel atau taman
  • Kerusi dan meja
  • Menu
  • Penyambut tetamu
  • Pengiring


Makan beradap:
  • Set meja pengantin
  • Kerusi dan Meja
  • Alas meja
  • Skirting
  • Scallop
  • Kerusi banquet
  • Bunga bouquet
  • Lauk pengantin
  • Penanggah


Katering:
  • Nasi dan lauk pilihan
  • Buah-buahan
  • Air (kordial)


Hiburan:
  • Kompang
  • Silat pengantin
  • Cak lempong
  • Kumpulan marhaban/berzanji



Sistem PA:
  • Satu set sistem PA
  • DJ / MC


Bulan Madu:
  • Percutian


Jumlah perbelanjaan = RM ????


Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah:

  • Perbelanjaan dari RM 10,000 – 15,500 Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda.
  • Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 – 25,500 Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.
  • Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 – 35,500 Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.
Perlu k semua di atas..atau hanya cukut sekadar akad nikah dan kenduri kesyukuran...mgkin anda ad lagi perancangan yang lagi baik dan jimat daripa di atas.....

MENGAPA WANITA MEMERLUKAN LELAKI????.....

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.
Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

:::::::.....hargaila apa yang kita ada..sayangilah lelaki yang menyayangi kita...kerana Dia...:::::::

sumber:   http://www.iluvislam.com

KUINGIN JADI BIDADARI MU....

Bidadari

Album :
Munsyid : Munif Ahmad
http://liriknasyid.com


Bidadari 2x
Temanilah resahku
Bidadari 2x
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari 2x
Jadilah pedampingku
Bidadari 2x
Jadilah sang setia
Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Chorus *

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga

LONJAKAN POTENSI DIRI

setiap individu mempunyai watak yang berbeza, perangai yang tidak serupa, kebolehan yang berbeza...dan bermacam-macam lagi..boleh dikatakan setipa insan yang dicipta ALLAH mempunyai perbezaan..even kembar sekalipun merupakan idividu yang berbeza...


melalui perbezaan ini lah manusia yang dicipta ALLAH mempunyai keunikan yang tersendiri..mereka juga mempunyai pontensi yang berbeza antara satu sama lain....

3 cara melonjakkan potensi diri
1. Perluaslah wawasan :
Pandanglah kehidupan dengan mata hati Anda. Jangan lihat kondisi Anda saat ini... Tapi, lihatlah diri Anda telah mencapai impian Anda, terlepas kondisi yang Anda alami saat ini. Anda harus punya gambaran mental yang jelas tentang apa yang ingin Anda raih. Gambaran mental ini harus menjadi nafas dalam tiap aspek kehidupan Anda, tiap perkataan, tiap perbuatan, sampai meresap dalam alam bawah sadar Anda. Bergaullah dengan orang orang sukses di bidang yang Anda geluti. Minta saran dan pendapat mereka. Pelajari pola piker mereka. Bacalah buku buku motivasi dan buku biografi tentang orang orang yang sukses baik di Indonesia maupun di dunia : Di Indonesia ada Tanadi Santoso, Purdie E Chandra, Gede Prama, Ciputra, Bob Sadino, dll. Sedangkan diluar negeri ada Brian Tracy, Bill Gates, Soichiro Honda, Henry Ford, Zig Ziglar, Robert Kyosaki, Sam Walton, Warren Buffet, dll. Dengarkan audiobook atau kaset mereka. Dalam budget pengeluaran Anda tiap bulan, selalu prioritaskan untuk membeli buku dan kaset mereka daripada kebutuhan sekunder yang lain. Malah, secara ekstrim, ada pebisnis yang mengatakan : belilah buku dari pada makanan.

2. Kembangkan citra diri yang sehat :
Bagaimana dunia memberikan nilai atas diri Anda, tergantung pada nilai yang Anda berikan pada diri sendiri. Jadi, sangat penting untuk memiliki gambaran yang sehat tentang diri sendiri. Miliki kepercayaan diri dalam tiap perkataan dan tindakan. Fakta menyatakan bahwa Anda tidak akan pernah melesat lebih tinggi dari apa yang Anda bayangkan mengenai dirimu sendiri.
    Lakukan kebiasaan berikut ini, yang dapat membangun kepercayaan diri :
  • Selalu berjalan 25% lebih cepat.
  • Selalu duduk dibarisan paling depan, baik di gereja, mesjid, pertemuan pertemuan, dll
  • Selalu mengemukakan pendapat di forum atau pertemuan.
  • Selalu berpakaian rapi dan sopan.
  • Selalu tersenyum dan mengambil inisiatif dalam berkenalan dengan orang lain.
3. Selalu befikir dan berkata positif tiap hari :
Banyak sekali ditemukan kasus, orang orang yang memiliki kemampuan, bakat, atau pun kecerdasan yang luar biasa, namun hidupnya biasa biasa saja. Tidak ada yang salah dengan potensi mereka. Jawabannya ada pada “cara berpikir mereka”. Pikiran yang membimbing potensi Anda, lebih penting daripada potensi itu sendiri. Dengan pola pikir yang positif, maka kemampuan, bakat dan kecerdasan Anda akan berkembang, dan “tersalurkan” dengan benar yaitu digunakan untuk memanfaatkan tiap peluang yang ada. Sebaliknya dengan pola pikir negatif, Anda akan menggunakan kemampuan, bakat, dan kecerdasan Anda untuk menemukan “kelemahan” atau hal hal negatif di setiap peluang yang ada. Dan, sebagai hasilnya : Anda tidak mengambil tindakan positif apapun terhadap peluang yang ada.
Untuk membantu Anda membentuk kebiasaan berpikir positif tiap hari, maka bacalah salah satu buku berikut ini secara rutin selama 15 menit tiap harinya :
1. Berpikir dan Berjiwa Besar – David. J. Shwartz
2. Buku buku karya John Maxwell
3. Berpikir Positif – Norman Vincent Pale.

walaupun terdapat pelbagai cara lagi yang boleh anda lakukan untuk melonjakkan potensi anda..try do it, for best result....
anda juga boleh mengenali diri anda melalui warna ke link berikut:    http://warnadiri.blogspot.com/



Rujukan:
http://id.shvoong.com/business-management/entrepreneurship/2006389-bagaimana-cara-meningkatkan-potensi-diri/

::= like =::